Wednesday 14 September 2011

Perantauan Meruntun Sekeping Hati Erti Keterasingan..

salam semua...

saya menulis di kaki bukit bertemankan bunyi cengkerik pada waktu sepertiga malam...suasana di kampus tidak ubah seperti di negara luar.sejuk, dingin dan berkabus..bezanya di sini sekarang berkabus kerana jerebu, bukan kerana suhu yg terlampau sejuk..apepun, saya tetap teruja dan gembira di mana saya berada dalam mencari setitik pengetahuan dalam selautan ilmu Tuhan...

saya menitipkan hari yang agak penat pada hari ini..sedari tengah hari 13.9.2011 saya menggagahi dari rumah kakanda di Kota Damansara ke Gombak terasakan satu perjalanan yg agak jauh dan mendebarkan. Hingga terasakan seluruh tulang belulang ini turut menggigil menari bersama dengan enjin motor yg berkuasa kecil..alhamdulillah, ke kampus saya sudahi dan smpi jam 3.30 petang.

argh, masa terlalu cepat, saya bergegas ke LRT Gombak untuk ke KL Sentral. hari ini saya ingin bertemu teman sekerja saya yg akan lanjutkan pengajian di Pusan, Korea Selatan. jujurnya, saya teramat teruja untuk bersamanya di KLIA walaupun sebenarnye perjalanannya pada 11.45 malam...

tapi, xkan mungkin kerana sekadar bertemankannya saya habiskan rm70 untuk trip ulang dan alik menggunakan KLIA Express KL Sentral- KLIA, saya juga melaksanakan amanah pensyarah saya di kampus untuk mengambil kain sampin/songket yang akan dihadiahkan kepada bekas Rektor tempat saya mengaji ini. Majlis penghargaan akan di adakan Isnin depan. ini satu penghormatan pada saya untuk membawa kain songket yg di bawa oleh teman saya ini dari Trg untuk diserahkan kepada Rektor yg banyk berjasa pada universiti pada hari ini. 14.9.2011.

berbalik pada teman saya ini, saya dapat lihat pada wajahnyer perasaan keterujaan untuk ke Korea dan saya seolah2 turut berkongsi persis saya ingin pergi bersama. saya sudah lama ingin juga merasai perjalanan ke luar negara..namun, tujuan saya bukan sekadar melancong,namun ingin mencari dan menjadi sebahagian komuniti di sana..namun,apakan daya, Allah itu maha adil perancangannya..saya berada di sini untuk tujuan yg sama seperti teman saya itu,lanjutkan pelajaran..itu tidak mengapa, tapi perasaan untuk merasai negara org sentiasa ada dalam hati..insyallah, tahun depan saya akan berkunjung juga untuk program lanjutan penyelidikan..;) di mana cerok dunia akan saya terokai, kita tgk dan lihat sahaja...

agak,mencemaskan ketika mana teman saya ini beratur untuk check in nama, dimaklumkan namanya  dan isteri tiada dalam list penumpang korean airline. saya pun agak cuak dan pelik sedang innetary slip dari agent yg tempah penerbangan tersebut ada padanya..huhuhu..teman saya sudah down dan kecewa hingga bagasi nya tidak mahu diambil malah menyuruh isterinya yg sedang mengandung untuk meletakkannya di dalam troli. mana mungkin itu berlaku, saya sendiri gagahi mengambil beg2 itu dan menghalang isterinya dari mengangkat beg2 yg berat itu sementara teman saya sibuk menelefon wakil universiti yg menguruskan tiket penerbangan tersebut dgn agent penerbangan.

saya menenangkan hatinya namun ia masih belum mampu selagi tiket tiada di tangan..sebenarnya, teman saya masih beruntung kerana MAS juga ada menawarkan penerbangan yg sama dan waktu yg sama (awal 15 minit; 1130pm) ke destinasi korea dan ketika itu masih ada 3 kekosongan..saya menyedari betapa teman ini sedang diberi ujian kecil dalam berjihad mencari ilmu disamping berdoa agar wakil universiti dan agent penerbangan dapat menempah seat itu segera yng mungkin...

sementara menunggu jawapan getir dari pihak terlibat, pandangan saya terarah pada sekumpulan anak2 muda berpakaian lengkap blazer, tie dan berkopiah berkumpul seperti dalam satu bulatan mendengar taklimat. dari sumber yg didengari mereka ini juga menerima nasib yg sama seperti teman saya, tiada nama dalam penerbangan cuma destinasi mereka ke timur tengah..agak terkilan kelihatan wajah mak ayah yg dtg menghantar anak2 ini dengan harapan anak mereka belajar ke sana tetiba tersangkut dengan masalah agent penerbangan yg menempah penerbangan gagal berbuat demikian..mereka sgt ramai..mm..mgkn dalm 20 atau 30 org kot..anak2 muda ini sudah berasa kepanasan dgn apa yg berlaku hingga ade yg sudah menanggalkan blazer dan melonggarkan tie masing2..saya tidak tahu ape kesudahan kepada mereka ini..dalam kekalutan menemani menenangkan hati teman saya, kumpulan anak2 muda ini sudah hilang di pandangan...moga nasib mereka baik2 aja dek kekalutan dan kerakusan agent penerbangan yg sekadar ingin mengaut keuntungan..mungkin ya atau tidak, wallahu'lam...

alhamdulillah, tiket MAS teman saya ini bersama isteri telah disahkan oleh pihak universiti melalui panggilan telefon..sekalung tahniah juga pada seksyen cuti belajar yg cekap dalam mengendalikan masalah ini..ketika itu jam sudah hampir 1030pm dan saya masih berada di KLIA menunggu teman saya..sesudah berjaya check in dan mendapat boarding pass, hati saya masih mahu belum pergi..saya mahu melihat teman saya lenyap dari mata setelah masuk ke departure post..bagi saya itu satu kepuasan alang2 sudah berada di situ...

kami bersalaman mungkin buat kali terakhir bagi tahun ini mungkin..kapan bila bisa bersua..mana mungkin saya ke sana, mungkin menunggu teman saya ini pulang ke Malaysia satu masa nanti...memandangkan isterinya mengandungkan anak sulong mereka. andai sukar di sana, teman saya ini akan menghantar pulang isterinya pulang bersalin di Malaysia..itu katanya, belum tentu benar dikotakannya..hihi..

sebelum hilang dari pandangan saya ingin teramat mengabadikan gambar mereka sekelamin untuk kenangan saya menemani mereka mengharungi ujian kecil ini dalam mencari ilmu..kaki saya sgt lenguh berdiri sedari saya sampai di KLIA jam 630pm hingga beredar jam 1045pm dan tiba di kampus ini jam 12.15am..huhuhu.saya katakan padanya, tidak mengapa gambar saya tidak di abadikan bersama kerna tiada siapa yg sempat tolong mengambilkan gambar ketika itu, cukup gambarnya dan isteri dapat diabadikan.."kamu tahu saya yg mengambil gambar kamu ini..;)".

pesan saya pada teman, andai saya bisa ke sana melawat dirinya, layan lah saya..hehe..kalu ngak bisa saya ke sana, ingatilah saya ketika Winter Sonata....
Selamat Terbang Teman..Hairil & Isteri

"Mencari Sesuatu Dalam Kepastian"

Friday 26 August 2011

Kasih Abadi..





malam makin kelam, titisan hujan yg lebat kian perlahan detiknya..tanda rahmat malam Ramdhan penuh berkat..malam ini malam yang ke-26 Ramadhan..cepat sungguh berlalu.

mata ini sukar untuk terlelap bagai ngak bisa dipejam.niat di hati mahu bangun di sepertiga malam mencari laila..sudah terlepas atau belum itu tidak pasti dan tiada yg penting,cuma ganjaran pada malam Ramdhan yg perlu di cari.andai masih belum terlepas,biar lah ketemuan di akhir2 bulan ini..siapa ngak mahu yg lebih hebat dari seribu bulan!

bagai runsing minda ini menyalurkan ketegangan di mata untuk sukar di pejam.bingkas bangun membuka laptop dan menggerakkan jari jemari ini menulis coretan ini..makin laju retapan di keyboard laptop ini makin deras titisan hujan kembali berderu membasahi bumi..Laila kah malam ini...?biarlah idea minda diterjemahkan di blog ini selagi mata masih mahu terbuka sehingga penat, akan tido jua akhirnya nanti..dan kembali bangun pada awal pagi nanti..

seperti tahun2 kebelakangan ini, di akhir Ramdhan saya mengharapkan untuk ketemui puncak cinta dan keabadian dalam beribadat..saya mahu cari di mana saya ketika tiada bisikan durjana yg dibelenggu selama sebulan ini..adakah ini saya sekuat ini atau ini saya yg terbentuk dan terperap selama 11 bulan  sebelum ini..? saya mohon yg terbaik untuk setahun yg akan datang demi isteri dan anak tercinta.rahmat Allah itu terlalu luas yg telah dikurniakan hingga tak terucap utk dilafazkan..terima kasih, syukran, toche segalanya Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam..

terdetik dalam hati yg membuatkan mata ini  masa cerah, puncak cinta saya pada arwah ibu dan ayah..tiada cinta abadi di dunia pada manusia selain daripada mereka.akhir Ramadhan di setiap tahun,kesayuan ini pasti menjelma..Ramadhan ini juga saya menyaksikan pemergian ayah ibu rakan2 saya malah rakan saya juga sendiri telah pergi menghadap illahi sebelum Ramadhan..sgt menginsafkan..membuatkan saya terfikir hidup ini terlalu singkat untuk sengketa, tapi panjang jika diberkati..kerana hidup akhirat itu abadi...

awal Ramdhan ini ayah pada rakan sekerja telah menghadap illahi..saya kesal di hati kerna tidak berkesempatan utk menziarahi arwah di hospital.cuma saya sentiasa bertanyakan khabar melalui kawan saya tersebut. bile mengetahui ayahnya telah tiada, saya berkongsi kedukaan dan kehibaan kerna saya juga pernah merasai kehilangan seorang ayah..

saat itu juga, kehibaan saya terus terpanggil-panggil untuk ke pusara ibu..bagai meluap2 rindu di hati tak sabar bersua dengan ibu bermanja walau di kuburan..salam di ucap, setiba sampai melutut sy di pusara ibu bagai mahu diusap-usap bagai anak manja, walau sekadar batu nisan yg dapat dipegang..air mata bergenang menyatakan di hati, "mak, anak ini dtg pada mu menyatakan kerinduan yang mendalam padamu..sggh seksa dan tiada berpandu hidup ini terkadang rasakan tanpa belaian manja tanganmu di pipi ini, senyum tawamu itu yg mendamaikan dan segalanya yg telah lenyap dari segala deria ku ini..."


"tiada ibu hilang tempat bermanja, tiada bapa hilang tempat bergantung harap"

kata-kata ini sentiasa berada dalam hati saya..lebih dari seungkap kata, malah saya merasainya sedalam-dalamnya...

ibu saya pergi pada 2004 dan ayah baru sahaja 2010 yg lalu..syawal kali ini adalah tahun kedua saya tanpa ayah...lazimnya, ayah akan beraya di Temerloh pada hari raya yg pertama dan pulang ke Trg pada hari raya kedua. kami adik beradik akan melayan ayah sebaik2 nya..dari awal ketibaannya sehinggalah perginya semula ke Temerloh.apa saja permintaan ayah akan kami tunaikan tanpa ragu. sebelum berumahtangga, saya lah yg sentiasa menemani ayah beraya ke mane sahaja dier pergi termasuk rakan-rakannya di Trg ini...ayah saya disemadikan di Temerloh..

Kini, saya sendiri bersama adik beradik akan beraya ke rumah kawan2 baik ibu dan ayah.kerna itu tanggungjawab seorang anak utk menghubungkan silaturrahim setelah ibu ayah telah tiada...

bila berhari raya, biasenya akak sulong saya yg akan menentukan agenda perjalanan beraya kami.kami adik beradik akan ikut sahaja.terkadang, kami akan berpecah kepada dua kumpulan, semata-mata untuk memastikan rumah sedara mara ade wakil keluarga yg pergi berkunjung ke sana..agak mudah berpecah memandangkan adik beradik saya 9 org..;)

kini saya sudah berkeluarga dan mempunyai zuriat yg tercinta..terkadang kala malam, melihat wajah anak dan isteri yg begitu suci dan berseri ketika tidur buat saya amat mencintai mereka. mereka buah hati saya dan kehibaan, keluh kesah saya terkadang tiada lagi tercurah dan terzahir bile bersama mereka. bagi saya, saya perlu kuat sebagai ketua keluarga.andai saya sedih dan duka, biarlah saya berpaling tiada mereka melihat saya sebagai org yang lemah di kala mereka bergantung kasih pada saya...saya terdidik sedari kecik utk berdikari, segala keputusan saya ungkapkan saya sendiri rasekan..bergantung risiko bukan satu masalah besar pada saya selagi Allah memberikan kekuatan pada diri ini..


berada mereka di sisi membuatkan saya terbayang beginilah perasaan arwah ayah saya pada saya ketika sy kecil dulu.dier pasti menyayangi saya sedalam-dalam nya..walau sedetik tiada mahu berpisah.buktinya gambar2 lama saya bersama arwah ayah menceritakan segalanya..begitu juga ingatan pada cerita2 yg arwah ibu pernah kisahkan dahulu.kdg2 agak malu biler dikisahkan tiada dapat dipisahkan saya dan ayah sehingga ayah ke jamban pun mahu saya ikutnya..benar kah...?huhu



Salam Ramadhan buat semua..hargailah pada insan yang masih ada..kehilangan itu menjelmakan kesunyian.tiada sama dengan asalnya..walaupun berganti, tiada tara yg setandingnya...


kejarlah Ramadhan yg masih ade..tiada erti lewat dalam beribadah selagi pintu taubat masih terbuka. pesan ini buat diri sendiri dan ambik iktibar bagi sape yang mahu dikongsi.

buat emak dan ayah..bersemadilah dengan tenang di 'sana'.kiriman doa persis anak soleh sentiasa akan dikirimkan pada mu..akan ku didik anak ku jua seperti dirimu mendidikku untuk mendoakan ayah ibu yg telah pergi,begitulah jua kuharapkan bile diri ini sudah tiada di dunia ini..doa anak soleh pada arwah ibu bapa tiada terhalang mahupun terhijab terus ke atas mereka..

di kala hujan masih bertitis, saya labuhkan bicara dengan klip video ini buat ingatan pada arwah ayah dan jua ibu saya...cinta mu tersemat kukuh dalam hati ini..





"Indahnya Hati, Kerna Indahnya Budi"

Tuesday 23 August 2011

KISAH QIAMULLAIL SEORANG PEMANDU BAS EKSPRESS

Suatu malam di bulan Ramadhan, pada 10 malam terakhir, di malam yang hening  seorang pemandu bas ekspres memandu dengan tenang dalam kegelapan malam menyusur laju di jalan raya. Radio yang dipasang diperlahankan agar tidak mengganggu para penumpang yang lena tidur dan pasti mengharapkan destini yang dituju selamat sampai untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang.
Sesekali, pemandu tergelak keseorangan mendengar celoteh dejay radio yang pelbagai ragam lawaknya. Nak bersembang dengan pemandu kedua, telah lama tidur di kamar bahagian belakang bas. Tapi sesekali, hatinya sayu pabila mendengar lagu raya diputarkan oleh dejay radio tersebut..

Masih di awal perjalanan, bas ekspress tersebut meluncur laju melalui jalan-jalan biasa melintasi kampung-kampung dan pek an-pekan kcil.sesekali lirik mata pemandu tertarik dengan manusia-manusia yang sedang menunaikan solat isyak dan tarawikh berjemaah. Pemandu tertunduk kekesalan kerana tidak menjadi sebahagian daripada manusia-manusia itu. Malam-malamnya hanya di tempat duduk pemandu bas sahaja. Apatah lagi bila tiba musim perayaan lagi banyak dan kerap dia terpaksa berulang-alik membawa bas dari KL-K.TRG-KL. Pemandu berasakan dia insan yang paling rugi..di saat orang beribadat di bulan Ramadhan, dia mensia-siakannya dengan sebab pekerjaannya..”Ah, ruginya aku..tiap-tiap malam,tiap-tiap tahun di bulan Ramadhan begini..” “nak berenti kerja, hanya bawa bas jer yang aku pandai..”
Lamunan panjangnya tiba-tiba terhenti dengan sapaan satu suara..”Hai bang, mengelamun ker?”. Terkejut dengan sapaan itu,pemandu hanya tersenyum…”takde, duk tgk solat tarawikh ni, terase pulak nak pergi juga..tapi dah nak wat camner, nilah kerja saya bawa bas..””oo..maaflah ganggu, saya tak dapat tidur,terasa lak nak sembang-sembang ngan saudara..” seorang pemuda pertengahan 30-an menyapa pemandu.pemuda tersebut sebenarnya seorang ustaz yang turut dalam perjalanan untuk pulang ke kampung.
“Encik, saya bawa bas ni bertahun-tahun dah..tapi saya sedih sebab saya tak dapat bersama-sama ngan orang lain di surau dan masjid buat tarawikh..tiap-tiap malam bas saya melintasi surau dan masjid mendengar alunan imam membaca quran dalam solat buat saya hiba..tapi apakan daya, bawa bas ni jer pendapatan saya..rugi sangat-sangat rasa diri ni…” mengeluh pemandu bas tadi..
“saudara, saudara silap..amat silap..sebenarnya, saudaralah yang paling untung dan membuat kebajikan yang tinggi dalam setiap malam-malam saudara bekerja” tegas ustaz tadi.. pemandu bas tersebut tergamam dan cuak mendengar penjelasan ustaz tersebut..tidak pernah dalam hayat ada orang berkata sebegitu padanya selain pemuda yang berada disebelahnya itu..dahinya berkerut memikirkan erti sebenar kata-kata ustaz tersebut hingga mulutnya berani bertanya..”encik, nape encik kater gitu.? Boleh perjelaskan pada saya..?”

Ustaz tersenyum dan menyambung bicaranya..
“begini saudara, saya mengatakan demikian kerana sebab-sebab berikut..”

i)                    Pekerjaan yang saudara buat tiap-tiap malam ini adalah merupakan skop kerja utama saudara..maka kewajiban ke atas saudara untuk melakukakan kerja ini pada masa-masa yang telah ditetapkan. ini adalah wajib, kalau saudara tak bawa, saudara boleh dibuang kerja..Maka, malam-malam saudara di dalam bas ini adalah menjalankan AMAL ATAU KERJA YANG WAJIB..berbanding solat sunat tarawikh yang hanya sunat ke atas orang lain yang tiada kerja buat pada sebelah malamnya..saudara mendapat pahala atas amalan yang wajib,bukan sunat semata-mata..
ii)                   Saudara kerap mengeluh dan mengatakan pekerjaan saudara sebagai halangan kepada niat saudara untuk beribadat khasnya tarawikh  di bulan Ramadhan.. saudara silap!sebenarnya saudara mendapat keuntungan bukan sahaja di dunia malah diakhirat utamanya..ibadat kepada Allah bukan bermakna di masjid sahaja, bukan di surau sahaja..malah bukan lah ibadat itu hanya sembahyang dan baca quran..bukankah BEKERJA ITU SATU IBADAT??kerja saudara membawa bas adalah ibadat..saudara sedang beribadat sepanjang perjalanan saudara ini..tidak beruntungkah saudara beribadat sepanjang malam di kala orang sudah pulang dari masjid dan terus tidur sahaja..?
iii)                 Tambahan pula, saudara memenuhi erti qiamullail di bulan Ramadhan…orang lain lena diulit mimpi ketika ini, saudara masih terus berjaga menahan mengantuk, bersekang mata sepanjang perjalanan sehingga sampai ke destinasi yang dituju..saudaralah yang sebenarnya hamba Allah yang BANGUN MALAM UNTUK BERIBADAT!Bukan kah qiamullail itu bermaksud bangun pada waktu malam utk beribadat..?Subhanallah!!
iv)                 Paling penting, saudara bukan sahaja mendapat pahala atas pekerjaan/ibadat saudara sahaja..lihat belakang saudara, semua mereka ini menaiki bas saudara untuk pulang ke destinasi mereka masing-masing. Dalam diri mereka mempunyai hajat dan perancangan masing-masing..saudara membawa mereka ini pulang dan mereka dapat menunaikan hajat dan keinginan orang-orang lain disekeliling mereka pula. Saudara telah MENUNAIKAN HAJAT SAUDARA/ORANG LAIN..bukan kah mulia perkara ini..amalan saudara berterusan dan pahala saudara berlipat-kali ganda mendapat ganjaran dari Allah…

Dalam samar-samar lampu jalan, mengalir titisan jernih di pipi pemandu tersebut.hatinya sayu dan sebak begitu pengasihnya Allah terhadap Hamba Nya…andai benar kata-kata pemuda 30an di sebelahnya itu,maka selama ini bukan sia-sia pekerjaannya itu selama ini..”Ya Allah, Maha Agung penilaian di sisi-Mu…”detik hati pemandu tersebut..

“saudara, banyak-banyak amalan, amalan puasalah hanya Allah yang berhak menilai amal ibadat hambaNya..berapa ramai manusia yang berpuasa tapi hanya mendapat lapar dan dahaga.. dan berapa ramai orang yang dianggap beribadat tapi hancur dek kerana sifat takbur dan riaknya..”

“Saudara, selamat berqiamullail..moga ketemu lailatulqadr”

" Tika Seribu Bulan Dalam Detik Sepuluh Malam.."

Friday 8 July 2011

yg berlalu tiada dapat di kejar...

telah separuh dari setahun 2011 telah berlalu..argh,sy terlalu banyak mase yg terlepas..sebenarnyer bnyk perkara yg ingin dikongsi dalam blog ini.dari kisah coretana personal sehingga melibatkan perkembangan family dan ceritera sekeliling saya..sy tak sempat..kdg2 dalam kepala dtg bayangan bagaimana ingin sy kongsikan semua setiap perkara yg berlaku..alangkah bisa mungkin jika semua lintasan bayangan ceritera itu dapat terus saya sambungkan terus dengan blog ini dan tersedia utk dikongsikan..xpelah, biar sy abadikan dalam memori kepala saya..

saya agak penuh dengan komitmen..sgt tidak sempat.kdg2 nak buke blog sndr pun tak berkesempatan,tambahan bile tiada mood untk coretkan..idea ade, tapi keadaan tidak mengizinkan..maafkan saya..bile time free, idea sudah dilupakan..

baki separuh dari tahun 2011 ini saya mengharapakan sesuatu yg lebih baik..memandangkan saya sedang melanjutkan pelajaran dan berjauhan daripada family, saya pohon yg terbaik.agar sy dapat membahagikan masa dan komitmen sebagai suami, abah dan pelajar dengan baik..sedikit gusar juga di hati bile yg dirancang agak bercelaru dan kerap kali di'ganggu'..namun sy redho kerna sumer tu atas dasar tanggungjawab wajib saya dunia ini..

hampir sebualan lagi Ramadhan akan menjelma..persiapan fizikal dan mental perlu buat awal memandangkan ini Ramadhan pertama saya bersama anak sulong saya dan kemungkinan saya terpaksa juga memberikan komitmen pada study dan terpaksa berjauhan..aduss...agak susah di mata moga ringan di bahu..huhu.

sebagai suami, saya sebaik mungkin mahu menyediakan yg terbaik utk isteri saya..alhamdulillah saya telah dimurahkan rezeki oleh Allah untuk menyediakan kenderaan terbaik utk isteri sy berulang alik dari rumah ke tempat kerja. die menyukai sepenuhnhya kenderaan tunggal baru kami itu setelah sy dan isteri bersetuju untk 'melepaskan' kenderaan tinggalan arwah ayah masing2..anak sulong sy pun nampak lebih selesa bermain di dalam kenderaan kami itu..;))

insyallah ade ruang dan rezeki akan sy coretkan bagi lembaran riwayat yg seterusnyer..

"Peluang Itu Sentiasa Berhalang"

Monday 16 May 2011

Hari guru vs Hari Jadi Ibu

Hari ini 16 Mei setiap tahun hari guru akan disambut..setiap insan yg bergelar guru akan diraikan..sinonimnya hari guru nampak lebih kepada guru-guru yg mengajar di sekolah rendah dan sekolah menengah..tanpa menyedari erti ‘guru’ sebenarnye membawa maksud yg lebih luas dari saat seorang bayi itu dilahirkan sehingga lah ianya di masukkan ke liang lahad menemui Yang Maha Pencipta. Ini bermakna setiap daripada kite yg berhubung dan berkomunikasi di dunai ini adalah guru pada masing-masing tidak kira kiter berhadapan atau berjauhan..setiap perkongsian ilmu dan info baru dan tidak ketahuan selama ini adalah bermakna ade seorang yg memerikannnya dan ianya guru.. sedikit terpinggir jika kita tidak mengganggap para pensyarah yg memberikan ilmu di peringkat pengajian tinggi juga sebagai guru walau kiter sememangnyer tidak memanggilnya ‘guru’ tapi Dr, Prof,madam, sir dan pelbagai panggilan terhormat, mereka sumer pun guru..saya yakin tidak perlu diwujudkan satu lagi hari penghargaan iaitu “Hari Pensyarah”..hehe..

Ketika kecik-kecik dulu saya masih teringat antara hadiah popular yg kami mampu untuk diberikan kepada guru ketika waktu dulu adalah pen..dan warna yg paling glamer yg saya dan kebanyakan rakan-rakan hadiahkan adalah merah atau hitam atau biru.ade juga yg menghadiahkan ketiga-tiga warna sekaligus.bukan sahaja kerana saya tidak mampu dan ianya hadiah paling glamer.tapi ianya sgt bermakna kepada saya..kaler biru dan hitam adalah kaler rasmi utk guru gunakan dalam mengisi buku panduan mengajar dan senarai kehadiran kami..jadi saya berharap guru saya akan berlembut hati ketika mengisi kehadiran dan membuat catatan nota pengajaran agar saya dan rakan-rakan dapat ilmu yg terbaik sepanjang kami di sekolah rendah..
Pen merah sgt memberikan signifikn tersendiri. Kerna pen kaler merah hanya akan dipakai ketika menanda kertas ujian atau peperiksaan saya..saya hanya mampu berdoa agar cikgu yg dihadiahkan pen merah itu akan berlembut hati memberi markah kepada saya..hahaha..

Sehingga kini saya masih berhubung rapat dengan beberapa guru yg pernah mengajar saya di sekolah rendah dan menengah dan mereka semua hebat2.walaupun ade di antara mereka telah pun pencen dan bertukar sekolah, namun kerna hubungan dan kenangan indah yg dikongsi bersama mengikat kami semua utk sentiasa berhubung dan berjumpa..saya anggap itu sebagai satu anugerah dan nikmat..

Kepada guru-guru dan para ilmuan yg pernah mengajar saya dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, pusat matrikulasi, university,saya amat hargai dan ucapkan terima kasih..saya sayang kamu dan hargai setiap titis peluh dan usaha kamu semua dalam mendidik dan mengajar saya dari dulu hingga kini..ajaran kamu bukan sahaja di di dalam bilik dajah namun berterusan diluar sehingga kini untuk saya memahami erti kehidupan dan menjadi anak bangsa yg utuh dan berdaya saing..;))

Isteri saya juga seorang guru;) ucapan hari guru ini juga saya ucapkan pada dier yg saya sayangi..

16 mei setiap tahun bukan sahaja utk hari guru..malah ianya juga istimewa kerna ia juga merupakan harijadi ibu saya..(kini arwah sudah).sememangnyer mudah untuk mengingati harijadi mak kerna sama dengan hari guru..saya amat menyanyangi arwah mak saya..walau hampir 6 tahun lebih mak telah tiada,die tetap dalam hati saya..bagai semalam kami baru bersua bergurau senda dan bercakap bersembang..mak kawan saya yg paling baik dalam dunia..kami suke bersembang berkongsi semua hal. Dalam apa2 hal,die bersama saya..saya yakin ibu atau mak anda pun begitu,ingin menjadi terbaik buat anda dan dier istimewa buat anda..
Bila saya dilanda masalah dan ketika itu saya berjauhan daripadanya, saya akan call  mak..bile mak dgr suara sy sedih dan terdiam seolah2 sebak, dier terlebih dahulu menangis bimbangkan keadaan saya…kdg2 sehingga sedih saya itu tidak terluah kerna saya pula risau jika keadaan saya menyusahkan hati mak..itulah…kuasa seorang wanita yg bergelar mak..bak kata org tangan yg menghayunkan buai itu boleh melahirkan insan yg boleh menggegarkan dunia..

Saya masih teringat dulu masih kecik-kecik saya sentiasa tidur bersama mak..oleh kerana rumah kami hanya rumah kayu dan bilik tidak cukup menampung adik beradik yg ramai saya dan mak lebih selesa tidur di ruang tamu..mak kata lebih sejuk bile angin akan lalu masuk  melalui celah2 kayu (walaupun selepas dari itu kami pasang tikar getah supaya lebih selesa dan cantik).bile time sy sakit mak akan bersekang mata menjaga saya walaupun saya tahu die penat. Melihat ketabahan mak ini membuatkan saya rase lebih betanggungjawab utk menjaganya pula ketika saya meningkat remaja di sekolah menengah..bile sy telah masuk universiti pabila tibe cuti semester saya tidak malu utk mengaku yg saya akan tidur bersama mak sy di ruang tamu..saya mahu menjaga mak pulak..kdg2 tengah2 malam sy akan urut kaki mak letih dan lenguh..sy sgt puas dapat berbakti pada mak.ketika dulu mak menjaga saya bile saya sakit, kini tiba saya pulok menjaga mak..

Saya pernah ingin merasai duk di asrama ketika saya di sekolah menengah. Namun melihatkan mak yag tiada berteman di rumah saya tekad kuar asrama dan berulang dari rumah ke  sekolah..mak kesian kan saya maka die membelikan saya motor jiran sebelah rumah honda C70 utk saya dengan harga rm800 utk saya berulang ke sekolah.saya amat gembira dan dgn motor itulah saya dan mak berjalan2..kebiasaanya saya akan bawa mak ke pasar payang untuk membeli ikan dan brg2 rumah.jarak rumah saya dan pasar hanya 5 minit perjalanan jika naik motor.kdg2 kalu mak beli brg banyk dan xmuat utk saya sumbat dalam raga motor saya akan bawa balik dahulu barang2 utama ke rumah dan akan kembali ke pasar payang utk mengambil mak..bagi saya kenangan saya dan mak terlalu indah dan saya amat rindukannya..

pernah juga sekali ketika itu mak saya mula berasa tidak sihat namun digagahkan juga utk ke pasar..seperti biase saya akan membawanya dan dia akan naik di belakang saya..memikirkan keadaan mak yg kesihatannya sudah mula tidak sihat saya mula rase sebak..air mata saya menitis di saat emak memeluk saya daripada belakang..di dalam hati saya terdetik..”berapa lama lagi saya dapat merasai saat2 bersama mak membawa nya ke pasar..saya amat sedih kalu lepas ini mak dah xde saya dah xde kawan utk ke pasar lagi..bagaimanalah saya ketika itu tanpa mak..”..saya pun tidak tahu mengapa lintasan hati itu tiba2 terdetik..mgkn juga kerana saya bimbangkan mak yg tidak sihat kerana kencing manisnya.. dari saat motor C70 itu bergerak menuju ke pasar air mata saya bergenang tanpa mak yg saya gendong di belakang tahu sehinggalah saya cepat2 kesat bile kami sudah tiba di pasar…

pemergiaan mak pada selasa, September 2004 amat merentap ketabahan saya..sy tidak sempat pulang walaupun saya telah berjanji utk pulang ke kampong utk pujuk mak makan..mak xnak makan setelah kuar dari hospital..saya tahu mak sunyi sebab 2 org kakak saya bekerja.ketika itu sy masih di tahun 3 pengajian university saya..2 minggu lagi sy akan hadapi final exam utk sem itu..hari ahad sebelum itu saya cal mak agar jaga kesihatan,makan ubat,kuatkan semangat walau sy sndr ketika itu tidak sekuat mana kerna juga sedihkan memikirkan kesihatan mak.. mak dgn suara  sayu;;”is, doakan lah mak biar sembuh…” dengan suara mak yg sayu hati sy mahu shj meronta sebak..namun sy gagahi demi memberi semangat pada mak…”yer, is akan doakan mak sihat..mak jgn bimbang..nanti is balik trg yer..mak,is sayang mak…”saya masih mampu ucapkan kata2 itu dan kata2 itu paling bermakna kerna ianya utk kali terakhir saya dapat lafazkan pada mak…

akhirnya mak pergi jua meninggalkan saya pada petang selasa itu..waktu asar.kakak sulong sy call memaklumkan pada saya dengan tangisan..sy agak tidak percaya dan tiada ape2 perasaan di hati..mgkn juga kerna terkejut..ptg itu sy bergegas pulang ke kampong..smpi di rumah, saya lihat mak kaku di atas tilam beralas tikar mengkuang..sy sedih namun menghormati jenazah mak..kami adik beradik berpakat utk ‘simpan’ jenazah mak keesokan harinya..utk kali terakhir seperti biasa bile balik kampong sy akan tido sebelah mak. Dan malam itu sy tetap mahu tido di sebelah jenazah mak sehingga keesokan harinya saya mula terasa kehilangan mak saat2 jenazah mak di masukkan ke liang lahad…

Allah…sy tak mahu teruskan lagi..cukup di sini sahaja..cerita sy terumbang ambing.ikutkan hati sy mahunya lebih tersusun dan menceritakan kehebatan kelahiran ibu sy tapi emosi ini tiada dapat dikawal bile mengenangkan hebat insan ini..bukan kesedihan yg mau dikongsi,tapi bg saya mak saya adalah guru pertama saya dalam hidup…sememangnyer arwah mak layak utk dilahirkan sama dengan tarikh hari guru itu disambut di Malaysia..kerna dier guru terbaik buat saya mengajar erti kehidupan..ucapan hari guru amat sinonim dengan kelahirannya..

Mak,moga kau tenang di ‘sana’ dan anak mu ini sedikit pun tidak pernah melupakan mu dan sedikit pun tidak pernah terhakis cinta ini pada mu…andai air mata merinduimu ini dapat kau dengari biarlah ianya menjadi salju yg akan menyejukkan dan mendoakan kebahagiaan mu di sana..

setiap kali sy terdengarkan lagu ini,saya pasti akan teringatkan pada arwah mak...
dan air mata itu pasti menitis...

"Dikau ibuku,dikau guruku…."

Wednesday 13 April 2011

Kelahiran yg merubah ritma dunia..

Saya tahu, dan sume org yg tahu mengetahui..saat ini dan detik ini adalah hari kelahiran..setiap hari adalah kelahiran namun setiap manusia itu berbeza.


Hari jadi, hari lahir, dan macam2 ungkapan lagi membawa satu ucapan yg sama..mase kecik dahulu, saya ade juga meraikan hari kelahiran bersama adik beradik, ayah dan mak..kadang2 kami akan jemput kawan sekampung atau sekolah utk dtg melihat saya meniup lilin pada kek hari jadi tu. Sebagai kanak-kanak, semestinya saya merasakan hari tu istimewa, terase lebih daripada seorang pengantin raja sehari..haha.saya akan meminta mak utk masak sedap2 dan makanan kegemaran saya. Memandangkan adik beradik saya ramai seramai 9 org, dan dalam bulan April adalah sama dengan harijadi kakak dan abg saya..saya pun tak brp ingt namun saya pasti terkadang kami berkongsi kek dan menyambutnya pada majlis yg sama..Cuma tak banyak kenangan itu diabadikan dalam sekeping foto kerana kami keluarga biase2 sahaja.. ohh,kenangan zaman kanak2 saya amat2 terindah..jika mahu saja sy filemkannya tapi saya tak mampu…biar saja simpan dalam hati;)


Perasaan merasakan harijadi itu istimewa terbawa2 sehingga saya remaja..memandangkan adik beradik ade yg belajar dan duduk bekerja berjauhan daripada kampung,maka setiap kali harijadi itu tiba saya akan remindkan dengan call setiap daripada mereka bahawa hari ini adalah harijadi saya (sebelum mereka wishkan dahulu) dan saya tak mahu ape2 kecuali mereka tahu hari ini adalah harijadi saya dan saya mahu mereka ucapkan “Selamat Harijadi” itu sudah memadai buat saya happy walau kerap kali juga ucapan itu saya susuli dengan ayat…”mane hadiahnyer..?”..;p.


Tapi sekarang sy sudah besar..terdetik juga dalam hati nak buat gitu lagi tapi rase segan dan malu..lagipun sure kena marah oleh adik beradik dah ade bini dan anak pun masih nak buat perangai budak2 ker..?hehe..ape nak buat,saya kan bongsu laki,manje2 ngusik2 itu pasti..hahaha.hmm..lagipun saya rase kegembiraan dan keinginan utk buat gitu lagi dah tak seperti dulu.. ketika arwah mak masih ade…

Setiap kelahiran itu tiba saya cukup teringat pada pemergian..seolah2 sgt sinonim dengan kelahiran.. bila sudah dewasa, saya berpendapat ‘kelahiran’ sgt  bermakna dengan saya menghargai dan mengingati pada org yg telah tiada di sisi saya..arwah mak dan ayah adalah insan istimewa bagi saya..tanpa mereka, saya mungkin tidak terdidik sebegini rupa..mereka insan biase tapi mereka hebat..paling kurang doa mak dan ayah telah termakbul utk anak mereka ini menjadi manusia terbaik yg termampu di dunia ini.. saya masih terbayang arwah mak yg setiap kali selepas solat fardhu sentiasa akan menadah doa dan menangis..saya terkadaang pelik dan bingung kenapa mak selalu sgt menangis ketika berdoa setiap kali lepas solat..tidak pulak saya pergi mendengarnya,apatah lagi bertanyakan mak ketika itu..Cuma saya anggap mak mmg begitu sentiasa nangis setiap kali doa..sehinggalah mak sudah tiada baru saya merasakan tangisan doa itu adalah untuk anak-anak kesayangannya kami adik beradik ini dan saya percaya berkat doa mak itu kami semua hidup dengan berjaya dan terhindar dari segala keburukan dunia dan perkara2 yg melalaikan..Cuma kini saya menyedarinya dan giliran saya pula terkadang menangis menadah tangan selalu mendoakan moga arwah ayah dan mak baik2 saja di sisi-Nya..sy tidak akan menyentuh lanjut mengenai meraka kerna pasti mengundang genangan air di mata..cukup setakat ini sahaja.



Saya juga amat menghargai insan2 dan kawan2 disekililingi saya..kawan sekampung dari kecik hingga besar,kawan satu sekolah rendah & menengah, kawan sama2 di IPTA dan kawan sekerja yg pernah bekerja bersama di organisasi berbeza..mereka sume istimewa dan hebat..mane mungkin tidak kerna kelahiran mereka telah mencorakkan kehidupan dan memberikan kegembiraan kepada saya selama ini..dan sume itu terpahat sebagai kenangan..;)).ingin saya ucapkan terima kasih dan penghargaan setiap daripada mereka jika mampu saya lakukan dan yg pasti saya mahukan kelahiran saya juga memberikan makna dan manfaaat yg hebat pada mereka sumer..

penghargaan juga saya tujukan buat students yg pernah saya ajarkan ketika saya menjadi tutor di UIAM (termasuk abg2 polis yg ambik degree), sebagai pensyarah sambilan di fakulti undang2 dan fakulti ekonomi UNisZA (dahulunya KUSZA@UDM), para pensyarah dan kakitangan organisasi tersebut.tidak juga lupe buat rakan2 sekerja di LGM, Tetuan  A&W, KETENGAH yg pernah bersama dahulu dan kini UMT. yang pasti sokongan keluarga dan adik beradik adalah utama dalam segalanya..


saya menikmat erti kelahiran itu sedalam2nya setelah mendapat cahaya mata sulong saya Januari lepas..betapa hati ini sgt teruja dn gembira melihat baby dlm kandungan isteri selama 41 minggu kini dalam dakapan saya..ini zuriat saya yg ditunggu2 dan inilah erti 'kelahiran'...


Saya sentiasa percaya pada setiap kelahiran itu ade satu keistimewaan..dan ia pasti lebih bermakna jika ‘pemergiaan’ kita suatu hari nanti juga akan meninggalkan kebaikan dan amal jariah buat bekalan di ‘sana’..

terima kasih buat semua yg telah mewarnai kehidupan saya selama ini..


“Terkadang Yang Terucap itu Berbeza Antara Terlafaz, Namun Niat Tetap Pada Satu..”

Monday 11 April 2011

Saya Sampaikan Pada Kamu..


Assalamualaikum dan Salam sejahtera…

Betapa indahnya hari ini dengan cuaca yg cerah dan menarik di tempat saya. Rahmat Allah amat disyukuri moga hidup ini sentiasa di berkati.. hujan yang agak lebat melanda kelmarin hampir separuh hari agak merisaukan namun digantikan pula hari ini dengan cuaca yg baik..
Kesempatan ini saya mengambil peluang untuk menitipkan sedikit tinta buat permulaan kepada blog saya ini..perlahan-lahan ayat disusun dan direncanakan moga ia menjadi tatapan terbaik bagi yang ingin menatapnya paling kurang pada diri saya sendiri. Ini kali kedua sisipan Detip Awal saya coretkan selepas pasca pelancaran blog ini pada 8 April 2011 yang lalu..

Hari ini amat isteimewa pada saya…sgt teristimewa..salah satunya kerana blog ini yg akan saya lancarkan pada hari ini.. Saya sudah lama menyimpan hasrat dan impian untuk mencatat segala apa yg berlaku dalam diri saya sendiri selama ini bermula dari kecil hingga sekarang..mungkin juga saya menemui dan mengenali teknologi agak lambat yg tidak memungkin saya untuk membiasa kan diri dengan catatan sebegini.

Ketika berada di IPTA dahulu, ada beberapa rakan-rakan saya yg sudah mempunyai blog sendiri dan mereka memaklumkan pada saya. Sekali lagi kerana kengkangan waktu dan masa, hanya sekali sekala saya menjenguk blog mereka jika saya kebetulan ke cyber café mahallah (kolej) untuk mencari bahan assignment atau sajer2 buang masa tak tahu ape nak buat..


Sehinggalah saya menamatkan pengajian dan melangkah ke alam pekerjaan, hati saya masih belum mahu terbuka untuk mempunyai blog sendiri dan tidak berminat untuk melayari blog2 org lain. Kebanyakan catatan peribadi dan kisah apa yg berlaku kepada diri saya hanya di abadikan di dalam diari yg saya beli atau diberikan oleh organisasi. Tapi, masih memboringkan catatan itu memandangkan ruang diari amat terbatas dan yg tercatat adalah sekadar meeting2 penting yg harus saya hadiri bagi organisasi…

Mengimbau kenangan dahulu ketika zaman persekolahan menengah, saya sudah belajar untuk menguruskan diri dan masa sebagai seorang pelajar dan pengawas sekolah dengan mencatat segalanya di dalam diari walaupun seawal sekolah rendah sudah saya catatkan dalam diari, cuma catatan rutin sahaja eg:pergi sekolah, tido makan..dll;p. Cuma di sekolah menengah sekurang2nyer catatan saya itu lebih bermakna dan berilmiah walaupun terkadang tercampur2 perihal cinta di zaman remaja..hahaha. saya bertuah kerana catatan diari itu saya simpan dan rahsia elok2 supaya saya tidak digelakkan oleh adik beradik saya bila mereka terbaca diari saya itu kecuali adik saya yang bongsu yg cukup menyibuk membaca diari saya dan die lah akan menyebarkannya kepada adik beradik saya yang lain dan juga pada mak saya..huhuhu.saya sungguh malu..tapi, bile dikenang semula, catatan di dalam diari itu sekadar biasa-biasa aje..


Pointnyer di sini, saya memikirkan saya tidak memerlukan ape2 untuk dicatat bagi diri saya kerana bagi saya ia tidak terlalu menarik untuk di catat apatah lagi untuk dikongsi kepada orang lain..atau mungkin saya terlalu merendah diri..segala kenangan indah saya ketika zaman kecik hingga sekarang hanya dirakamkan dengan foto sahaja dan kebanyakkannya diabadikan sebagai kenangan hati dan minda saya..apa yg berlaku hanya saya dapat putarkannya kembali dalam fikiran saya..

Tapi kini, saya seolah2 memanggil2 untuk merealitikan impian saya untuk mempunyai blog sendiri..saya akui mungkin tidak sehebat blog2 anda yg membace catatan saya ini. Namun ia sudah cukup untuk saya meluahkan dan mengekspresskan ape yg ade dalam hati saya..kerna hidup saya makin bermakna setelah mempunyai keluarga yang bahagia..bersama isteri dan putera sulong saya yg lahir pada Januari yg lalu..blog ini berkisar mengenai kehidupan..kehidupan saya dan masyarakat sekeliling. Saya cuba terapkan unsur2 nilai kehidupan yg berlaku dan rona manusia yg pernah saya ketemui. Jgn harapkan sesuatu yg mungkin tidak mampu memenuhi kehendak anda semua..saya masih baru dlm blog ini dan pengalaman masih seciput..;p. Moga manfaat yg dapat dikongsi bersama dan ape2 yg positif moga memberi saham kepada saya di akhirat..
 
Perkara kedua yg istimewa pada hari ni adalah kerana hari ini merupakan harijadi isteri saya..sememangnyer hari ini dipilih utk saya lancarkan blog ini..actually bukan lancarkan pun sgt,sekadar letak dalam facebook dan maklum bahawa saya ada blog dan sesuatu dari saya tertulis di situ..hmm. saya masih memikirkan ape kejutan yg ingin dibuat pada wife hari ini…mungkin candle light dinner..?kang balik malam2 menangis lak baby kat rumah..hehe.apepun, saya ucapkan “Selamat Harijadi” buat isteri saya tercinta..moga sentiasa di rahmati Allah, diberikan kesihatan terbaik, di murahkan rezeki dan terima kasih kerana menyerikan kehidupan saya selama ini…;))).

 Detip Awal ini adalah langkah permulaan kepada coretan yg akan datang..mungkin ia akan disesuaikan dengan segmen2 tertentu yg akan menjadikannya lebih menarik. Tagline ‘Kerna Ianya Mengenai Kehidupan” adalah terbaik bagi saya buat masa ini..dan saya hanya memudahkan orang mencari blog saya dengan menggunakan nama penuh saya sebagai alamat blog ini..

Bagi anda yang membuka blog ini dan menatap coretan saya terima kasih..jgn menilai saya sebagai blogger seperti org lain..ape yg saya tulis adalah apa yg saya ingin luahkan..ape yg baik itu dikongsi bersama dan kebanykan yg akan saya coretkan di sini adalah bergantung kepada mood saya.kalu ok dan menarik maka jadilah menarik..kalu sebaliknya sebaik nyer dipendam sahaja supaya tidak menyentuh sensitviti dan menjaga hak dan hati org lain yg hidup atau yg telah mati..kerna diam itu lebih baik.

Saya percaya kehadiran setiap insan di dunia ini adalah penting dan bermakna kerana setiap dari kita mencorakkan ritma dan gaya kehidupan untuk masa2 akan datang. Kita saling memerlukan seperti segenggam lidi yg tidak dapat dipatahkan berbanding dengan sebatang lidi sahaja yg mudah direnyukkan sebegitu sahaja..

Dengan lafaz yg suci dan murni "Bismillah hirrohmanirrohim.." saya dengan rendah diri memaklumkan ini adalah Blog saya..;))

“Cebisan Kata, Sintipan Hati…”

Friday 8 April 2011

ianya satu permulaan..

8 April 2011..satu permulaan..hasrat di hati selama ini untuk mempunyai penulisan ceritera sendiri akhirnya di realitikan hari ini..bantuan adik farhana yg kebetulan berkunjung di trg menjadi titik permulaan kepada tercipta nya blog ini..


ini merupakan pasca kepada pelancaran rasmi blog ini yg akan dibuat sedikit masa lagi..sekadar ingin membiasekan diri dengan ruangan blog ini sendiri insyallah akan diumumkan kepada yg berminat..


kerna ianya mengenai kehidupan, ianya pasti dijelmakan...