Tuesday 23 August 2011

KISAH QIAMULLAIL SEORANG PEMANDU BAS EKSPRESS

Suatu malam di bulan Ramadhan, pada 10 malam terakhir, di malam yang hening  seorang pemandu bas ekspres memandu dengan tenang dalam kegelapan malam menyusur laju di jalan raya. Radio yang dipasang diperlahankan agar tidak mengganggu para penumpang yang lena tidur dan pasti mengharapkan destini yang dituju selamat sampai untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang.
Sesekali, pemandu tergelak keseorangan mendengar celoteh dejay radio yang pelbagai ragam lawaknya. Nak bersembang dengan pemandu kedua, telah lama tidur di kamar bahagian belakang bas. Tapi sesekali, hatinya sayu pabila mendengar lagu raya diputarkan oleh dejay radio tersebut..

Masih di awal perjalanan, bas ekspress tersebut meluncur laju melalui jalan-jalan biasa melintasi kampung-kampung dan pek an-pekan kcil.sesekali lirik mata pemandu tertarik dengan manusia-manusia yang sedang menunaikan solat isyak dan tarawikh berjemaah. Pemandu tertunduk kekesalan kerana tidak menjadi sebahagian daripada manusia-manusia itu. Malam-malamnya hanya di tempat duduk pemandu bas sahaja. Apatah lagi bila tiba musim perayaan lagi banyak dan kerap dia terpaksa berulang-alik membawa bas dari KL-K.TRG-KL. Pemandu berasakan dia insan yang paling rugi..di saat orang beribadat di bulan Ramadhan, dia mensia-siakannya dengan sebab pekerjaannya..”Ah, ruginya aku..tiap-tiap malam,tiap-tiap tahun di bulan Ramadhan begini..” “nak berenti kerja, hanya bawa bas jer yang aku pandai..”
Lamunan panjangnya tiba-tiba terhenti dengan sapaan satu suara..”Hai bang, mengelamun ker?”. Terkejut dengan sapaan itu,pemandu hanya tersenyum…”takde, duk tgk solat tarawikh ni, terase pulak nak pergi juga..tapi dah nak wat camner, nilah kerja saya bawa bas..””oo..maaflah ganggu, saya tak dapat tidur,terasa lak nak sembang-sembang ngan saudara..” seorang pemuda pertengahan 30-an menyapa pemandu.pemuda tersebut sebenarnya seorang ustaz yang turut dalam perjalanan untuk pulang ke kampung.
“Encik, saya bawa bas ni bertahun-tahun dah..tapi saya sedih sebab saya tak dapat bersama-sama ngan orang lain di surau dan masjid buat tarawikh..tiap-tiap malam bas saya melintasi surau dan masjid mendengar alunan imam membaca quran dalam solat buat saya hiba..tapi apakan daya, bawa bas ni jer pendapatan saya..rugi sangat-sangat rasa diri ni…” mengeluh pemandu bas tadi..
“saudara, saudara silap..amat silap..sebenarnya, saudaralah yang paling untung dan membuat kebajikan yang tinggi dalam setiap malam-malam saudara bekerja” tegas ustaz tadi.. pemandu bas tersebut tergamam dan cuak mendengar penjelasan ustaz tersebut..tidak pernah dalam hayat ada orang berkata sebegitu padanya selain pemuda yang berada disebelahnya itu..dahinya berkerut memikirkan erti sebenar kata-kata ustaz tersebut hingga mulutnya berani bertanya..”encik, nape encik kater gitu.? Boleh perjelaskan pada saya..?”

Ustaz tersenyum dan menyambung bicaranya..
“begini saudara, saya mengatakan demikian kerana sebab-sebab berikut..”

i)                    Pekerjaan yang saudara buat tiap-tiap malam ini adalah merupakan skop kerja utama saudara..maka kewajiban ke atas saudara untuk melakukakan kerja ini pada masa-masa yang telah ditetapkan. ini adalah wajib, kalau saudara tak bawa, saudara boleh dibuang kerja..Maka, malam-malam saudara di dalam bas ini adalah menjalankan AMAL ATAU KERJA YANG WAJIB..berbanding solat sunat tarawikh yang hanya sunat ke atas orang lain yang tiada kerja buat pada sebelah malamnya..saudara mendapat pahala atas amalan yang wajib,bukan sunat semata-mata..
ii)                   Saudara kerap mengeluh dan mengatakan pekerjaan saudara sebagai halangan kepada niat saudara untuk beribadat khasnya tarawikh  di bulan Ramadhan.. saudara silap!sebenarnya saudara mendapat keuntungan bukan sahaja di dunia malah diakhirat utamanya..ibadat kepada Allah bukan bermakna di masjid sahaja, bukan di surau sahaja..malah bukan lah ibadat itu hanya sembahyang dan baca quran..bukankah BEKERJA ITU SATU IBADAT??kerja saudara membawa bas adalah ibadat..saudara sedang beribadat sepanjang perjalanan saudara ini..tidak beruntungkah saudara beribadat sepanjang malam di kala orang sudah pulang dari masjid dan terus tidur sahaja..?
iii)                 Tambahan pula, saudara memenuhi erti qiamullail di bulan Ramadhan…orang lain lena diulit mimpi ketika ini, saudara masih terus berjaga menahan mengantuk, bersekang mata sepanjang perjalanan sehingga sampai ke destinasi yang dituju..saudaralah yang sebenarnya hamba Allah yang BANGUN MALAM UNTUK BERIBADAT!Bukan kah qiamullail itu bermaksud bangun pada waktu malam utk beribadat..?Subhanallah!!
iv)                 Paling penting, saudara bukan sahaja mendapat pahala atas pekerjaan/ibadat saudara sahaja..lihat belakang saudara, semua mereka ini menaiki bas saudara untuk pulang ke destinasi mereka masing-masing. Dalam diri mereka mempunyai hajat dan perancangan masing-masing..saudara membawa mereka ini pulang dan mereka dapat menunaikan hajat dan keinginan orang-orang lain disekeliling mereka pula. Saudara telah MENUNAIKAN HAJAT SAUDARA/ORANG LAIN..bukan kah mulia perkara ini..amalan saudara berterusan dan pahala saudara berlipat-kali ganda mendapat ganjaran dari Allah…

Dalam samar-samar lampu jalan, mengalir titisan jernih di pipi pemandu tersebut.hatinya sayu dan sebak begitu pengasihnya Allah terhadap Hamba Nya…andai benar kata-kata pemuda 30an di sebelahnya itu,maka selama ini bukan sia-sia pekerjaannya itu selama ini..”Ya Allah, Maha Agung penilaian di sisi-Mu…”detik hati pemandu tersebut..

“saudara, banyak-banyak amalan, amalan puasalah hanya Allah yang berhak menilai amal ibadat hambaNya..berapa ramai manusia yang berpuasa tapi hanya mendapat lapar dan dahaga.. dan berapa ramai orang yang dianggap beribadat tapi hancur dek kerana sifat takbur dan riaknya..”

“Saudara, selamat berqiamullail..moga ketemu lailatulqadr”

" Tika Seribu Bulan Dalam Detik Sepuluh Malam.."

No comments:

Post a Comment