Friday 26 August 2011

Kasih Abadi..





malam makin kelam, titisan hujan yg lebat kian perlahan detiknya..tanda rahmat malam Ramdhan penuh berkat..malam ini malam yang ke-26 Ramadhan..cepat sungguh berlalu.

mata ini sukar untuk terlelap bagai ngak bisa dipejam.niat di hati mahu bangun di sepertiga malam mencari laila..sudah terlepas atau belum itu tidak pasti dan tiada yg penting,cuma ganjaran pada malam Ramdhan yg perlu di cari.andai masih belum terlepas,biar lah ketemuan di akhir2 bulan ini..siapa ngak mahu yg lebih hebat dari seribu bulan!

bagai runsing minda ini menyalurkan ketegangan di mata untuk sukar di pejam.bingkas bangun membuka laptop dan menggerakkan jari jemari ini menulis coretan ini..makin laju retapan di keyboard laptop ini makin deras titisan hujan kembali berderu membasahi bumi..Laila kah malam ini...?biarlah idea minda diterjemahkan di blog ini selagi mata masih mahu terbuka sehingga penat, akan tido jua akhirnya nanti..dan kembali bangun pada awal pagi nanti..

seperti tahun2 kebelakangan ini, di akhir Ramdhan saya mengharapkan untuk ketemui puncak cinta dan keabadian dalam beribadat..saya mahu cari di mana saya ketika tiada bisikan durjana yg dibelenggu selama sebulan ini..adakah ini saya sekuat ini atau ini saya yg terbentuk dan terperap selama 11 bulan  sebelum ini..? saya mohon yg terbaik untuk setahun yg akan datang demi isteri dan anak tercinta.rahmat Allah itu terlalu luas yg telah dikurniakan hingga tak terucap utk dilafazkan..terima kasih, syukran, toche segalanya Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam..

terdetik dalam hati yg membuatkan mata ini  masa cerah, puncak cinta saya pada arwah ibu dan ayah..tiada cinta abadi di dunia pada manusia selain daripada mereka.akhir Ramadhan di setiap tahun,kesayuan ini pasti menjelma..Ramadhan ini juga saya menyaksikan pemergian ayah ibu rakan2 saya malah rakan saya juga sendiri telah pergi menghadap illahi sebelum Ramadhan..sgt menginsafkan..membuatkan saya terfikir hidup ini terlalu singkat untuk sengketa, tapi panjang jika diberkati..kerana hidup akhirat itu abadi...

awal Ramdhan ini ayah pada rakan sekerja telah menghadap illahi..saya kesal di hati kerna tidak berkesempatan utk menziarahi arwah di hospital.cuma saya sentiasa bertanyakan khabar melalui kawan saya tersebut. bile mengetahui ayahnya telah tiada, saya berkongsi kedukaan dan kehibaan kerna saya juga pernah merasai kehilangan seorang ayah..

saat itu juga, kehibaan saya terus terpanggil-panggil untuk ke pusara ibu..bagai meluap2 rindu di hati tak sabar bersua dengan ibu bermanja walau di kuburan..salam di ucap, setiba sampai melutut sy di pusara ibu bagai mahu diusap-usap bagai anak manja, walau sekadar batu nisan yg dapat dipegang..air mata bergenang menyatakan di hati, "mak, anak ini dtg pada mu menyatakan kerinduan yang mendalam padamu..sggh seksa dan tiada berpandu hidup ini terkadang rasakan tanpa belaian manja tanganmu di pipi ini, senyum tawamu itu yg mendamaikan dan segalanya yg telah lenyap dari segala deria ku ini..."


"tiada ibu hilang tempat bermanja, tiada bapa hilang tempat bergantung harap"

kata-kata ini sentiasa berada dalam hati saya..lebih dari seungkap kata, malah saya merasainya sedalam-dalamnya...

ibu saya pergi pada 2004 dan ayah baru sahaja 2010 yg lalu..syawal kali ini adalah tahun kedua saya tanpa ayah...lazimnya, ayah akan beraya di Temerloh pada hari raya yg pertama dan pulang ke Trg pada hari raya kedua. kami adik beradik akan melayan ayah sebaik2 nya..dari awal ketibaannya sehinggalah perginya semula ke Temerloh.apa saja permintaan ayah akan kami tunaikan tanpa ragu. sebelum berumahtangga, saya lah yg sentiasa menemani ayah beraya ke mane sahaja dier pergi termasuk rakan-rakannya di Trg ini...ayah saya disemadikan di Temerloh..

Kini, saya sendiri bersama adik beradik akan beraya ke rumah kawan2 baik ibu dan ayah.kerna itu tanggungjawab seorang anak utk menghubungkan silaturrahim setelah ibu ayah telah tiada...

bila berhari raya, biasenya akak sulong saya yg akan menentukan agenda perjalanan beraya kami.kami adik beradik akan ikut sahaja.terkadang, kami akan berpecah kepada dua kumpulan, semata-mata untuk memastikan rumah sedara mara ade wakil keluarga yg pergi berkunjung ke sana..agak mudah berpecah memandangkan adik beradik saya 9 org..;)

kini saya sudah berkeluarga dan mempunyai zuriat yg tercinta..terkadang kala malam, melihat wajah anak dan isteri yg begitu suci dan berseri ketika tidur buat saya amat mencintai mereka. mereka buah hati saya dan kehibaan, keluh kesah saya terkadang tiada lagi tercurah dan terzahir bile bersama mereka. bagi saya, saya perlu kuat sebagai ketua keluarga.andai saya sedih dan duka, biarlah saya berpaling tiada mereka melihat saya sebagai org yang lemah di kala mereka bergantung kasih pada saya...saya terdidik sedari kecik utk berdikari, segala keputusan saya ungkapkan saya sendiri rasekan..bergantung risiko bukan satu masalah besar pada saya selagi Allah memberikan kekuatan pada diri ini..


berada mereka di sisi membuatkan saya terbayang beginilah perasaan arwah ayah saya pada saya ketika sy kecil dulu.dier pasti menyayangi saya sedalam-dalam nya..walau sedetik tiada mahu berpisah.buktinya gambar2 lama saya bersama arwah ayah menceritakan segalanya..begitu juga ingatan pada cerita2 yg arwah ibu pernah kisahkan dahulu.kdg2 agak malu biler dikisahkan tiada dapat dipisahkan saya dan ayah sehingga ayah ke jamban pun mahu saya ikutnya..benar kah...?huhu



Salam Ramadhan buat semua..hargailah pada insan yang masih ada..kehilangan itu menjelmakan kesunyian.tiada sama dengan asalnya..walaupun berganti, tiada tara yg setandingnya...


kejarlah Ramadhan yg masih ade..tiada erti lewat dalam beribadah selagi pintu taubat masih terbuka. pesan ini buat diri sendiri dan ambik iktibar bagi sape yang mahu dikongsi.

buat emak dan ayah..bersemadilah dengan tenang di 'sana'.kiriman doa persis anak soleh sentiasa akan dikirimkan pada mu..akan ku didik anak ku jua seperti dirimu mendidikku untuk mendoakan ayah ibu yg telah pergi,begitulah jua kuharapkan bile diri ini sudah tiada di dunia ini..doa anak soleh pada arwah ibu bapa tiada terhalang mahupun terhijab terus ke atas mereka..

di kala hujan masih bertitis, saya labuhkan bicara dengan klip video ini buat ingatan pada arwah ayah dan jua ibu saya...cinta mu tersemat kukuh dalam hati ini..





"Indahnya Hati, Kerna Indahnya Budi"

No comments:

Post a Comment