Hari ini 16 Mei setiap tahun hari guru akan disambut..setiap insan yg bergelar guru akan diraikan..sinonimnya hari guru nampak lebih kepada guru-guru yg mengajar di sekolah rendah dan sekolah menengah..tanpa menyedari erti ‘guru’ sebenarnye membawa maksud yg lebih luas dari saat seorang bayi itu dilahirkan sehingga lah ianya di masukkan ke liang lahad menemui Yang Maha Pencipta. Ini bermakna setiap daripada kite yg berhubung dan berkomunikasi di dunai ini adalah guru pada masing-masing tidak kira kiter berhadapan atau berjauhan..setiap perkongsian ilmu dan info baru dan tidak ketahuan selama ini adalah bermakna ade seorang yg memerikannnya dan ianya guru.. sedikit terpinggir jika kita tidak mengganggap para pensyarah yg memberikan ilmu di peringkat pengajian tinggi juga sebagai guru walau kiter sememangnyer tidak memanggilnya ‘guru’ tapi Dr, Prof,madam, sir dan pelbagai panggilan terhormat, mereka sumer pun guru..saya yakin tidak perlu diwujudkan satu lagi hari penghargaan iaitu “Hari Pensyarah”..hehe..
Ketika kecik-kecik dulu saya masih teringat antara hadiah popular yg kami mampu untuk diberikan kepada guru ketika waktu dulu adalah pen..dan warna yg paling glamer yg saya dan kebanyakan rakan-rakan hadiahkan adalah merah atau hitam atau biru.ade juga yg menghadiahkan ketiga-tiga warna sekaligus.bukan sahaja kerana saya tidak mampu dan ianya hadiah paling glamer.tapi ianya sgt bermakna kepada saya..kaler biru dan hitam adalah kaler rasmi utk guru gunakan dalam mengisi buku panduan mengajar dan senarai kehadiran kami..jadi saya berharap guru saya akan berlembut hati ketika mengisi kehadiran dan membuat catatan nota pengajaran agar saya dan rakan-rakan dapat ilmu yg terbaik sepanjang kami di sekolah rendah..
Pen merah sgt memberikan signifikn tersendiri. Kerna pen kaler merah hanya akan dipakai ketika menanda kertas ujian atau peperiksaan saya..saya hanya mampu berdoa agar cikgu yg dihadiahkan pen merah itu akan berlembut hati memberi markah kepada saya..hahaha..
Sehingga kini saya masih berhubung rapat dengan beberapa guru yg pernah mengajar saya di sekolah rendah dan menengah dan mereka semua hebat2.walaupun ade di antara mereka telah pun pencen dan bertukar sekolah, namun kerna hubungan dan kenangan indah yg dikongsi bersama mengikat kami semua utk sentiasa berhubung dan berjumpa..saya anggap itu sebagai satu anugerah dan nikmat..
Kepada guru-guru dan para ilmuan yg pernah mengajar saya dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, pusat matrikulasi, university,saya amat hargai dan ucapkan terima kasih..saya sayang kamu dan hargai setiap titis peluh dan usaha kamu semua dalam mendidik dan mengajar saya dari dulu hingga kini..ajaran kamu bukan sahaja di di dalam bilik dajah namun berterusan diluar sehingga kini untuk saya memahami erti kehidupan dan menjadi anak bangsa yg utuh dan berdaya saing..;))
Isteri saya juga seorang guru;) ucapan hari guru ini juga saya ucapkan pada dier yg saya sayangi..
16 mei setiap tahun bukan sahaja utk hari guru..malah ianya juga istimewa kerna ia juga merupakan harijadi ibu saya..(kini arwah sudah).sememangnyer mudah untuk mengingati harijadi mak kerna sama dengan hari guru..saya amat menyanyangi arwah mak saya..walau hampir 6 tahun lebih mak telah tiada,die tetap dalam hati saya..bagai semalam kami baru bersua bergurau senda dan bercakap bersembang..mak kawan saya yg paling baik dalam dunia..kami suke bersembang berkongsi semua hal. Dalam apa2 hal,die bersama saya..saya yakin ibu atau mak anda pun begitu,ingin menjadi terbaik buat anda dan dier istimewa buat anda..
Bila saya dilanda masalah dan ketika itu saya berjauhan daripadanya, saya akan call mak..bile mak dgr suara sy sedih dan terdiam seolah2 sebak, dier terlebih dahulu menangis bimbangkan keadaan saya…kdg2 sehingga sedih saya itu tidak terluah kerna saya pula risau jika keadaan saya menyusahkan hati mak..itulah…kuasa seorang wanita yg bergelar mak..bak kata org tangan yg menghayunkan buai itu boleh melahirkan insan yg boleh menggegarkan dunia..
Saya masih teringat dulu masih kecik-kecik saya sentiasa tidur bersama mak..oleh kerana rumah kami hanya rumah kayu dan bilik tidak cukup menampung adik beradik yg ramai saya dan mak lebih selesa tidur di ruang tamu..mak kata lebih sejuk bile angin akan lalu masuk melalui celah2 kayu (walaupun selepas dari itu kami pasang tikar getah supaya lebih selesa dan cantik).bile time sy sakit mak akan bersekang mata menjaga saya walaupun saya tahu die penat. Melihat ketabahan mak ini membuatkan saya rase lebih betanggungjawab utk menjaganya pula ketika saya meningkat remaja di sekolah menengah..bile sy telah masuk universiti pabila tibe cuti semester saya tidak malu utk mengaku yg saya akan tidur bersama mak sy di ruang tamu..saya mahu menjaga mak pulak..kdg2 tengah2 malam sy akan urut kaki mak letih dan lenguh..sy sgt puas dapat berbakti pada mak.ketika dulu mak menjaga saya bile saya sakit, kini tiba saya pulok menjaga mak..
Saya pernah ingin merasai duk di asrama ketika saya di sekolah menengah. Namun melihatkan mak yag tiada berteman di rumah saya tekad kuar asrama dan berulang dari rumah ke sekolah..mak kesian kan saya maka die membelikan saya motor jiran sebelah rumah honda C70 utk saya dengan harga rm800 utk saya berulang ke sekolah.saya amat gembira dan dgn motor itulah saya dan mak berjalan2..kebiasaanya saya akan bawa mak ke pasar payang untuk membeli ikan dan brg2 rumah.jarak rumah saya dan pasar hanya 5 minit perjalanan jika naik motor.kdg2 kalu mak beli brg banyk dan xmuat utk saya sumbat dalam raga motor saya akan bawa balik dahulu barang2 utama ke rumah dan akan kembali ke pasar payang utk mengambil mak..bagi saya kenangan saya dan mak terlalu indah dan saya amat rindukannya..
pernah juga sekali ketika itu mak saya mula berasa tidak sihat namun digagahkan juga utk ke pasar..seperti biase saya akan membawanya dan dia akan naik di belakang saya..memikirkan keadaan mak yg kesihatannya sudah mula tidak sihat saya mula rase sebak..air mata saya menitis di saat emak memeluk saya daripada belakang..di dalam hati saya terdetik..”berapa lama lagi saya dapat merasai saat2 bersama mak membawa nya ke pasar..saya amat sedih kalu lepas ini mak dah xde saya dah xde kawan utk ke pasar lagi..bagaimanalah saya ketika itu tanpa mak..”..saya pun tidak tahu mengapa lintasan hati itu tiba2 terdetik..mgkn juga kerana saya bimbangkan mak yg tidak sihat kerana kencing manisnya.. dari saat motor C70 itu bergerak menuju ke pasar air mata saya bergenang tanpa mak yg saya gendong di belakang tahu sehinggalah saya cepat2 kesat bile kami sudah tiba di pasar…
pemergiaan mak pada selasa, September 2004 amat merentap ketabahan saya..sy tidak sempat pulang walaupun saya telah berjanji utk pulang ke kampong utk pujuk mak makan..mak xnak makan setelah kuar dari hospital..saya tahu mak sunyi sebab 2 org kakak saya bekerja.ketika itu sy masih di tahun 3 pengajian university saya..2 minggu lagi sy akan hadapi final exam utk sem itu..hari ahad sebelum itu saya cal mak agar jaga kesihatan,makan ubat,kuatkan semangat walau sy sndr ketika itu tidak sekuat mana kerna juga sedihkan memikirkan kesihatan mak.. mak dgn suara sayu;;”is, doakan lah mak biar sembuh…” dengan suara mak yg sayu hati sy mahu shj meronta sebak..namun sy gagahi demi memberi semangat pada mak…”yer, is akan doakan mak sihat..mak jgn bimbang..nanti is balik trg yer..mak,is sayang mak…”saya masih mampu ucapkan kata2 itu dan kata2 itu paling bermakna kerna ianya utk kali terakhir saya dapat lafazkan pada mak…
akhirnya mak pergi jua meninggalkan saya pada petang selasa itu..waktu asar.kakak sulong sy call memaklumkan pada saya dengan tangisan..sy agak tidak percaya dan tiada ape2 perasaan di hati..mgkn juga kerna terkejut..ptg itu sy bergegas pulang ke kampong..smpi di rumah, saya lihat mak kaku di atas tilam beralas tikar mengkuang..sy sedih namun menghormati jenazah mak..kami adik beradik berpakat utk ‘simpan’ jenazah mak keesokan harinya..utk kali terakhir seperti biasa bile balik kampong sy akan tido sebelah mak. Dan malam itu sy tetap mahu tido di sebelah jenazah mak sehingga keesokan harinya saya mula terasa kehilangan mak saat2 jenazah mak di masukkan ke liang lahad…
Allah…sy tak mahu teruskan lagi..cukup di sini sahaja..cerita sy terumbang ambing.ikutkan hati sy mahunya lebih tersusun dan menceritakan kehebatan kelahiran ibu sy tapi emosi ini tiada dapat dikawal bile mengenangkan hebat insan ini..bukan kesedihan yg mau dikongsi,tapi bg saya mak saya adalah guru pertama saya dalam hidup…sememangnyer arwah mak layak utk dilahirkan sama dengan tarikh hari guru itu disambut di Malaysia..kerna dier guru terbaik buat saya mengajar erti kehidupan..ucapan hari guru amat sinonim dengan kelahirannya..
Mak,moga kau tenang di ‘sana’ dan anak mu ini sedikit pun tidak pernah melupakan mu dan sedikit pun tidak pernah terhakis cinta ini pada mu…andai air mata merinduimu ini dapat kau dengari biarlah ianya menjadi salju yg akan menyejukkan dan mendoakan kebahagiaan mu di sana..
setiap kali sy terdengarkan lagu ini,saya pasti akan teringatkan pada arwah mak...
dan air mata itu pasti menitis...
"Dikau ibuku,dikau guruku…."
"Dikau ibuku,dikau guruku…."
No comments:
Post a Comment