Saya tahu, dan sume org yg tahu mengetahui..saat ini dan detik ini adalah hari kelahiran..setiap hari adalah kelahiran namun setiap manusia itu berbeza.
Hari jadi, hari lahir, dan macam2 ungkapan lagi membawa satu ucapan yg sama..mase kecik dahulu, saya ade juga meraikan hari kelahiran bersama adik beradik, ayah dan mak..kadang2 kami akan jemput kawan sekampung atau sekolah utk dtg melihat saya meniup lilin pada kek hari jadi tu. Sebagai kanak-kanak, semestinya saya merasakan hari tu istimewa, terase lebih daripada seorang pengantin raja sehari..haha.saya akan meminta mak utk masak sedap2 dan makanan kegemaran saya. Memandangkan adik beradik saya ramai seramai 9 org, dan dalam bulan April adalah sama dengan harijadi kakak dan abg saya..saya pun tak brp ingt namun saya pasti terkadang kami berkongsi kek dan menyambutnya pada majlis yg sama..Cuma tak banyak kenangan itu diabadikan dalam sekeping foto kerana kami keluarga biase2 sahaja.. ohh,kenangan zaman kanak2 saya amat2 terindah..jika mahu saja sy filemkannya tapi saya tak mampu…biar saja simpan dalam hati;)
Perasaan merasakan harijadi itu istimewa terbawa2 sehingga saya remaja..memandangkan adik beradik ade yg belajar dan duduk bekerja berjauhan daripada kampung,maka setiap kali harijadi itu tiba saya akan remindkan dengan call setiap daripada mereka bahawa hari ini adalah harijadi saya (sebelum mereka wishkan dahulu) dan saya tak mahu ape2 kecuali mereka tahu hari ini adalah harijadi saya dan saya mahu mereka ucapkan “Selamat Harijadi” itu sudah memadai buat saya happy walau kerap kali juga ucapan itu saya susuli dengan ayat…”mane hadiahnyer..?”..;p.
Tapi sekarang sy sudah besar..terdetik juga dalam hati nak buat gitu lagi tapi rase segan dan malu..lagipun sure kena marah oleh adik beradik dah ade bini dan anak pun masih nak buat perangai budak2 ker..?hehe..ape nak buat,saya kan bongsu laki,manje2 ngusik2 itu pasti..hahaha.hmm..lagipun saya rase kegembiraan dan keinginan utk buat gitu lagi dah tak seperti dulu.. ketika arwah mak masih ade…
Setiap kelahiran itu tiba saya cukup teringat pada pemergian..seolah2 sgt sinonim dengan kelahiran.. bila sudah dewasa, saya berpendapat ‘kelahiran’ sgt bermakna dengan saya menghargai dan mengingati pada org yg telah tiada di sisi saya..arwah mak dan ayah adalah insan istimewa bagi saya..tanpa mereka, saya mungkin tidak terdidik sebegini rupa..mereka insan biase tapi mereka hebat..paling kurang doa mak dan ayah telah termakbul utk anak mereka ini menjadi manusia terbaik yg termampu di dunia ini.. saya masih terbayang arwah mak yg setiap kali selepas solat fardhu sentiasa akan menadah doa dan menangis..saya terkadaang pelik dan bingung kenapa mak selalu sgt menangis ketika berdoa setiap kali lepas solat..tidak pulak saya pergi mendengarnya,apatah lagi bertanyakan mak ketika itu..Cuma saya anggap mak mmg begitu sentiasa nangis setiap kali doa..sehinggalah mak sudah tiada baru saya merasakan tangisan doa itu adalah untuk anak-anak kesayangannya kami adik beradik ini dan saya percaya berkat doa mak itu kami semua hidup dengan berjaya dan terhindar dari segala keburukan dunia dan perkara2 yg melalaikan..Cuma kini saya menyedarinya dan giliran saya pula terkadang menangis menadah tangan selalu mendoakan moga arwah ayah dan mak baik2 saja di sisi-Nya..sy tidak akan menyentuh lanjut mengenai meraka kerna pasti mengundang genangan air di mata..cukup setakat ini sahaja.
Saya juga amat menghargai insan2 dan kawan2 disekililingi saya..kawan sekampung dari kecik hingga besar,kawan satu sekolah rendah & menengah, kawan sama2 di IPTA dan kawan sekerja yg pernah bekerja bersama di organisasi berbeza..mereka sume istimewa dan hebat..mane mungkin tidak kerna kelahiran mereka telah mencorakkan kehidupan dan memberikan kegembiraan kepada saya selama ini..dan sume itu terpahat sebagai kenangan..;)).ingin saya ucapkan terima kasih dan penghargaan setiap daripada mereka jika mampu saya lakukan dan yg pasti saya mahukan kelahiran saya juga memberikan makna dan manfaaat yg hebat pada mereka sumer..
penghargaan juga saya tujukan buat students yg pernah saya ajarkan ketika saya menjadi tutor di UIAM (termasuk abg2 polis yg ambik degree), sebagai pensyarah sambilan di fakulti undang2 dan fakulti ekonomi UNisZA (dahulunya KUSZA@UDM), para pensyarah dan kakitangan organisasi tersebut.tidak juga lupe buat rakan2 sekerja di LGM, Tetuan A&W, KETENGAH yg pernah bersama dahulu dan kini UMT. yang pasti sokongan keluarga dan adik beradik adalah utama dalam segalanya..
saya menikmat erti kelahiran itu sedalam2nya setelah mendapat cahaya mata sulong saya Januari lepas..betapa hati ini sgt teruja dn gembira melihat baby dlm kandungan isteri selama 41 minggu kini dalam dakapan saya..ini zuriat saya yg ditunggu2 dan inilah erti 'kelahiran'...
saya menikmat erti kelahiran itu sedalam2nya setelah mendapat cahaya mata sulong saya Januari lepas..betapa hati ini sgt teruja dn gembira melihat baby dlm kandungan isteri selama 41 minggu kini dalam dakapan saya..ini zuriat saya yg ditunggu2 dan inilah erti 'kelahiran'...
Saya sentiasa percaya pada setiap kelahiran itu ade satu keistimewaan..dan ia pasti lebih bermakna jika ‘pemergiaan’ kita suatu hari nanti juga akan meninggalkan kebaikan dan amal jariah buat bekalan di ‘sana’..
terima kasih buat semua yg telah mewarnai kehidupan saya selama ini..
“Terkadang Yang Terucap itu Berbeza Antara Terlafaz, Namun Niat Tetap Pada Satu..”
No comments:
Post a Comment