Wednesday, 4 January 2012

Sedetik Lebih...

Salam Semua...

ketemuan lagi setelah sekian lama saya menyepi..bukan tiada idea tapi tiada mood dan kesempatan untuk mencoretkan ceritera terbaru...

baru sahaja 2011 melabuhkan tirainya dan kini 2012 pula menjelma..bagi saya, perubahan tahun hanya sekadar perubahan angka.tiada memberi ape2 kesan pada saya...perkiraan waktu dan perubahana hanya dapat dirasai apabila adenyer pencapaian dalam hidup..itu lebih bermakna.sudah tentu ianya daripada satu tika kepada satu tike yg lebih darida sebelumnya...

dalam 2012 mula untuk melayarkan bahtera, saya mengharapkan sesuatu yg baru dan bermakna dalam hidup saya setahun akan datang..saya mengharap dan berdoa agar apa yg dirancang dalam hati dan minda saya berjalan lancar pada tahun ini...sememangnyer saya mengakui saya akan melalui sesuatu yang besar pada perjalanan 2012 ini dan biarlah pengakhiran yang baik jua dipinta...

di awal 2012 ini pada tarikh 4 januari 2012 adalah sesuatu yg menarik untuk dikongsikan...rela saya kejangkan mata di waktu begini untuk mencoretkan tinta kata kerna coretan ini amat bermakna bagi saya pada waktu dan tika ini..sesuatu yg tak bisa saya kongsikan selama setahun ini sedangkan ianya umum di ketahui oleh org yg terdekat dengan saya...

coretan saya ini amat istimewa dan saya amat teruja untuk menitipkan di sini bahawa hari ini adalah harijadi anak sulong saya yang pertama!!! Alhamdulillah...sudah setahun berlalu dan anak saya membesar dengan cergas,cerdas dan hensem seperti saya...hahha...

saya namakan anak saya Ahmad Qaid Danish...Qaid itu membawa maksud ketua, pemimpin..dan danish itu membawa maksud cerdik bijaksana..dengan nama itu saya mengharapkan qaid menjadi ketua dan pelopor kepada ilmu duniawi dan ukhrowi..saya mahukan qaid menjadi anak dan insan yg bukan mengejar ilmu semata2 utk dunia kemewahan mencari pangkat dan darjat..namun qaid berilmu untuk mencari kebenaran hidup...

sebelum daripada qaid ini isteri saya pernah mengandung anak pertama pada sekitar pertengahan 2008. namun rezeki itu hanya mampu bertahan selama 3 bbulan lebih dan isteri saya keguguran...ketika itu saya juga dihimpit dengan masalah kerja dan personal..antara isteri dan kerja saya bahagikan seeloknyer...mmm, mase itu sgt perit..saya akan ceritakan semula dugaan yg Allah uji saya ketika itu...

hari ini aalah hari qaid..saya dan isteri sangat sayangkan qaid..sudah lama saya menantikan zuriat ini  baru Allah makbulkan..ALhamdulillah...

sebagai abah yang mencintai dirimu Qaid, abah ingin mengucapakan Selamat Hari Lahir..;)..ketahuilah abah dan mam sentiasa menyayangi mu sepanjang hidup kami hingga ke akhirnya...kami tiada mengharap sesuatu yg lebih dari kemampuan mu selain mahukan kamu  hidup baik2 aja di dunia ini dan andai kami pergi dulu, jgn sesekali Qaid putuskan doa Qaid pada kami di 'sana' seperti yang abah buat utk arwah ayah abah dan seperti yg mama buat utk arwah ayah mama..(tokki lah tu)...

hiduplah di dunia ini seadanya dan jgn bisa membiarkan dunia ini  melalaikan kamu...andai terlajak, duduklah seketika mengenangkan hakikat kehidupan dan setiap pesanan Allah, Nabi junjungan dan kami sebagai abah dan mama...

coretan ini tidak akan berlanjutan panjang kerna mata ini makin hilang tongkat utk terbuka lagi..
insyallah cerita Qaid akan dilanjutkan kemudian hari...

Selamat Hari jadi Ahmad Qaid Danish...

"Permata Hati, Penyeri Keceriaan"









No comments:

Post a Comment