Friday 16 March 2012

Erti Pengorbanan, Limpahan Kasih Sayang...

Salam malam yg indah....

Mudah bicara, saya ingin kongsikan kisah anak kesayangan saya yg ditimpa musibah.. entah bagaimana dari mana Allah mahu mengujinya dan saya serta isteri... Qaid pernah pada awal bulan kelahiran ditimpa demam..itu pun sudah cukup untuk menggusarkan hati saya.. walau seterbaik mana pun saya cuba menjadi abah yg terbaik dan melindunginya Qaid dalam segala bentuk bahaya dan bahana, akhirnya saya haurus akui bahawa sebenarnye Allah sebaik2 penjaga dan saya sebagai abah dan isteri saya sebagai mama nya juga tidak mampu kerana keterbatasan kami dari segi kawalan dan tenaga masa...kerna kami akhirnya akui kami manusia biase dan pengalaman menerima cahaya mata sulong adalah proses pembelajaran hidup baru buat kami..

katakan sajer dalam2 kami cuba melindungi Qaid, sudah cukup lengkap cara Qaid menerima musibah...malu utk zahir kan tapi ini lah hakikatnyer... Qaid sudah 3 kali jatuh dari katil...erkk, sebenarnyer empat tapi yg terakhir itu saya sempat selamatkannya...huhu..2 kali dengan kelalaian saya yg agak penat ketikat itu lalu terlelap dan sekali ketika die berguling2 waktu malam ketika tidur bersama mamanya dan saya tiada di sisi berada di luar Trg out station...

Buai? pun sama...tapi alhamdulillah tidak pernah menghadirka kecederaan yg teruk kerna kelambu buai itu sgt membantu dan mengurangkan momentum Qaid yg turun  tetiba tanpa sebarang bunyi pabila baru dari tidur...akhir2 kemudiannya saya dan isteri meletakkan bantal dan toto tilam di bawah bantai utk mengelakkanye terhantuk dgn besi buai itu...

walker??pun suda...huhu..kelalaian saya juga yg membiarkan pintu terbuka sedikit dan mengundangkan keterujaan Qaid utk meluncur keluar..seb baik keter neneknya menghalang dari Qaid meluncur terus jatuh ke tanah...argh, saya marah pada diri sendiri sume ini terjadi pada Qaid... rase bersalah kerna melukakan dan mencederakan Qaid atas alasan kelalaian..sesuatu yg saya tidak boleh terima dalam diri saya sendiri.. namun, dalam tidak sedar ia penuh dengan hikmah...

kebanyakkan kemalangan dan musibah yg Qaid alami agak tidak serius..bak kata neneknya, terkadang mungkin kerna ade Malaikat yg terus serta menyambut kejatuhan Qaid itu tanpa kiter sedar dan tahu maka mengurangkan kecederaraan itu..agak benar kerna situasi musibah yg Qaid alamai yg membahayakan tapi entah camne ia berlaku tidak terlalu serius agak tepat dan kene pada masa dan tempat itu... dalam ape2 hal pun, saya bersyukur... saya sudah standby siap2 dlm rumah ubat yg perlu Qaid makan jika berlaku terhantuk atau lebam dan setakat ini ubat homopati itu sgt mujarab...

Qaid pernah kene demam pada awal bulan kelahirannya...saya sgt susah hati..sebagai abah pada seorag ank, saya sayu dan luluh hati bile Qaid hanya diam membisu tanpa bnyk petah suara ketika kepalanya melabuhkan di bahu saya... lemah hembusan nafasnya melawan kepanasan badan.. saya sgt susah hati ketika itu tapi saya kene kuatkan semangat demi anak dan isteri saya.... dari awal kelahiran Qaid sehingga sekrang saya sentiasa senyum pabila saya memandang wajahnyer...walau sebelum atau selepas ketika itu palingan saya dengan wajah yg suram, sedih, keciwa dan terkadang berginang air mata..utk Qaid, wajah terbaik saya ukirkan..entah dari mana saya belajar tapi saya yakin wajah yg indah dan manis diukirkan pada anak akan memberikan impak yg positif utk perkembangan diri anak2..sehingga sekrang, Qaid miliki senyuman yg manis..ramai yg suker dan teruja dengan senyumannya..sgt peramah menegur org yg sekeliling yg die selesa utk menegur..dengan 4 btg gigi di atas dan 3 di bawah sgt manis... sesungguhnya Qaid permata hati saya, dan saya amat menyayangi amanah kurniaan Allah ini..die bagai penawar bagi saya..hati yg gundah gelana menjadi tenang saat bermain dgn Qaid..Qaid juga pengikat kasih sayang antara saya dan isteri... kehadiran Qaid menzahirkan ciri2 kewanitaan yg lebih pada isteri saya sebagai isteri dan mama pada Qaid...

saat pertama kali Qaid jatuh katil suatu masa dahulu saya sangkakan ianya tidak berlarutan...dan ketika saya harus berpergian buat seketika..mendapat panggilan pada malam kedua saya musafir memaklumkan Qaid muntah kuning buat saya cemas..dalam waktu lewat malam saya menempah tiket flight pulang ke rumah keesekon harinya..bantuan seorang kawan yg sanggup menghantar saya ke LCCT pda waktu awal suboh amat saya hargai ketika itu...moga Allah merahmatinya...

maka coretan ini saya lakarkan luahan hati saya pabila Qaid demam lagi...kali ni agak berlainan... bintik2 kecil tumbuh kuar di kakinya dua hari yg lalu (dari tarikh post ini)..pada awalnya saya suspek ianya campak..doktor klinik memaklumkan pada saya ianya mungkin jintungan.. saya tidak berpuas hati saya ke homopati. di sana dapat pulak makluman baru iannya bukan campak atau jintungan..mungkin virus kulit sahaja atau mungkin dikhuatiri penyakit semasa yg bnyk melanda kanak di Sabah dan Sarwak..penyakit kaki tangan dan mulut..cuma jika berlaku di Malaysia ianya tidak terlalu serius..sejak dua hari lepas Qaid agak manja dan sensatif..sume bende tak kene...risau saya dibuatnya.. pandangan seorang kawan baik seorang doktor kanak2 juga saya temukan melihat keadaan Qaid ini..juga seorag kawan lain yg juga seorang doktor... sumer cara saya dapatkan pandangan agar saya dapat tahu ape virus atau penyakit yg di alami oleh Qaid...

oh saya begitu penat dan tak tentu arah..emosi saya agak terganggu bila Qaid jatuh sakit..kerna kasih dan sayang pada Qaid saya mahu terbaik dan cepat sembuh.. akhirnyer saya akui walau ape pun sakit Qaid ianya virus dan mengharapkan antibodi Qaid dapat kuar dan menentang virus itu...pada masa yg sama ubat klinik saya teruskan di samping homopati.. saya juga membeli suplement atau ubatan tambahan utk Qaid atas saranan doktor..menariknya ALlah itu Maha Kaya dan Mengasihani.. saat Qaid sakit ini saya mengadu pada ALlah.. dalam keadaan kepasarahan saya pada bantuan doktor saya tetap mahu memohon pda Illahi moga sembuhkan anak saya dengan baik..biar Qaid cepat baik..saya tahu itu hanya sekecik2 ujian buat Qaid, saya dan isteri namun pada mana lagi harus saya ajukan kalu bukan pada Dia... saya dambakan bantuan Dia bersama airmata kepasrahan saya dengan ape yg berlaku..saya mahu Qaid sihat dan kembali aktif senyum pada saya.. kerna Allah itu Maha Penyaynag saya saat menghadapi musibah yg berlaku pada Qaid ini saya dikelilingi oleh kenalan yg kebetulan begitu arif dalam perubatan..berbanding org lain mungkin kire harus klinik dan atau hospital sahaja yg mungkin mereka bertemu utk mendapatkan pandangan mengenai anak mereka..namun saya semudah telefon dan berjumpa di luar dari hospital dan salah seorang dari sahabat baik saya itu adalah kenalan rapat dan sahabat baik saya dan beliau memang fokus pada kanak2 dan bertugas di hospital k.ttrg ini sahaja... begitu juga kenalan baik saya yg hanya melalui telefon.. doktor yg memberikan rawatan di kilnik itu juga merupakan  doktor pakar yg sebelum ini bertugsa di hospital specialist di k.trg sebelum ini dan membuka klinik di gong badak kurang 500 m dari rumah mertua saya srkg ini...sungguh mudah atas segalanya...bukan Allah itu Maha Penyayang!!?... muhasabah utk saya...

hari ini hari ketiga Qaid mengharungi virus ini..bnyk jugak bintik2 kuar di kaki dan tangan...ulser di mulut telah berkurangan ketika saya ke klinik sekali lagi mendapat ubat sapu tambahan utk menghilangkan gatal kaki Qaid..dalam 3 hari ini rawatan ubatan Qaid termasuk produk pemakanan tambahan yg telah saya belikan dan sediakan utk Qaid hampir mencecah RM500.. hingga saya terfikir time saya sakit sebelum ini pun belum pernah saya terfikir utk melepaskan duit dalam jumlah ini bg rawatan saya...tapi Qaid masih kecik, imunisasinya masih belum mampu berkembang seperti org dewasa maka ini jelah mampu saya sediakan untuknya.. bagi saya, itu yg terbaik yg saya mampu berikan...wang memang tidak mudah di cari, tapi ianya berbaloi utk dilaburkan  demi sebuah senyuman yg meriangkan hati Qaid...

hari ketiga ini juga Qaid sudah tidak panas suhu badan..hari ni tak perlu makan ubat demam lagi buat masa ini.. cuma perlu makan lagi ubat anti virus dan produk tambahan yg saya belikan..mane satu pun yg kena mujarabnya saya tidak kisah.. asal Qaid sembuh sepenuhnya dan tanpa ape2 kesan sampingan...

Dalam permerhatian saya selama 3 hari ini, saya menyedari Qaid seorang yg kuat semangat dan cukup tabah...kalau bukan kerna gatal di kaki nya, demam hanya sekadar melemahkan badannya sahaja dan melenyapkan senyuman buat sementara sahaja.. selain dari tu keinginan utk bermain dan bergurau tetap ade dengan saya dan isteri saya... saya kagum melihatnya... anak abah amat kuat semangat, dan mahu kan sentiasa begitu smpi akhirnya...

saya coretkan kisah ini agar suatu masa anak saya Qaid akan membaca coretan ini bahawa saya dan isteri telah melakukan yg terbaik utk kesejahteraan kamu... bersekang mata mendukung kamu di tengah malam dan tidak selesa tidur dalam memberikan ruang yg selesa buat kamu bukan masalah besar utk kami...kerna akhirnya ukiran senyuman kegirangan di bibir kamu itu sudah cukup utk membayar segala ape yg kami tanggung buat masa ini yg telah berlalu...moga utk  hari2 yg mendatang Qaid akan cepat sembuh dan bertenaga semula..abah yakin Qaid amat kuat semangat!!!

"Tika Duka, Air Mata Bisa Menjadi Penawar Terbaik"