Wednesday 13 April 2011

Kelahiran yg merubah ritma dunia..

Saya tahu, dan sume org yg tahu mengetahui..saat ini dan detik ini adalah hari kelahiran..setiap hari adalah kelahiran namun setiap manusia itu berbeza.


Hari jadi, hari lahir, dan macam2 ungkapan lagi membawa satu ucapan yg sama..mase kecik dahulu, saya ade juga meraikan hari kelahiran bersama adik beradik, ayah dan mak..kadang2 kami akan jemput kawan sekampung atau sekolah utk dtg melihat saya meniup lilin pada kek hari jadi tu. Sebagai kanak-kanak, semestinya saya merasakan hari tu istimewa, terase lebih daripada seorang pengantin raja sehari..haha.saya akan meminta mak utk masak sedap2 dan makanan kegemaran saya. Memandangkan adik beradik saya ramai seramai 9 org, dan dalam bulan April adalah sama dengan harijadi kakak dan abg saya..saya pun tak brp ingt namun saya pasti terkadang kami berkongsi kek dan menyambutnya pada majlis yg sama..Cuma tak banyak kenangan itu diabadikan dalam sekeping foto kerana kami keluarga biase2 sahaja.. ohh,kenangan zaman kanak2 saya amat2 terindah..jika mahu saja sy filemkannya tapi saya tak mampu…biar saja simpan dalam hati;)


Perasaan merasakan harijadi itu istimewa terbawa2 sehingga saya remaja..memandangkan adik beradik ade yg belajar dan duduk bekerja berjauhan daripada kampung,maka setiap kali harijadi itu tiba saya akan remindkan dengan call setiap daripada mereka bahawa hari ini adalah harijadi saya (sebelum mereka wishkan dahulu) dan saya tak mahu ape2 kecuali mereka tahu hari ini adalah harijadi saya dan saya mahu mereka ucapkan “Selamat Harijadi” itu sudah memadai buat saya happy walau kerap kali juga ucapan itu saya susuli dengan ayat…”mane hadiahnyer..?”..;p.


Tapi sekarang sy sudah besar..terdetik juga dalam hati nak buat gitu lagi tapi rase segan dan malu..lagipun sure kena marah oleh adik beradik dah ade bini dan anak pun masih nak buat perangai budak2 ker..?hehe..ape nak buat,saya kan bongsu laki,manje2 ngusik2 itu pasti..hahaha.hmm..lagipun saya rase kegembiraan dan keinginan utk buat gitu lagi dah tak seperti dulu.. ketika arwah mak masih ade…

Setiap kelahiran itu tiba saya cukup teringat pada pemergian..seolah2 sgt sinonim dengan kelahiran.. bila sudah dewasa, saya berpendapat ‘kelahiran’ sgt  bermakna dengan saya menghargai dan mengingati pada org yg telah tiada di sisi saya..arwah mak dan ayah adalah insan istimewa bagi saya..tanpa mereka, saya mungkin tidak terdidik sebegini rupa..mereka insan biase tapi mereka hebat..paling kurang doa mak dan ayah telah termakbul utk anak mereka ini menjadi manusia terbaik yg termampu di dunia ini.. saya masih terbayang arwah mak yg setiap kali selepas solat fardhu sentiasa akan menadah doa dan menangis..saya terkadaang pelik dan bingung kenapa mak selalu sgt menangis ketika berdoa setiap kali lepas solat..tidak pulak saya pergi mendengarnya,apatah lagi bertanyakan mak ketika itu..Cuma saya anggap mak mmg begitu sentiasa nangis setiap kali doa..sehinggalah mak sudah tiada baru saya merasakan tangisan doa itu adalah untuk anak-anak kesayangannya kami adik beradik ini dan saya percaya berkat doa mak itu kami semua hidup dengan berjaya dan terhindar dari segala keburukan dunia dan perkara2 yg melalaikan..Cuma kini saya menyedarinya dan giliran saya pula terkadang menangis menadah tangan selalu mendoakan moga arwah ayah dan mak baik2 saja di sisi-Nya..sy tidak akan menyentuh lanjut mengenai meraka kerna pasti mengundang genangan air di mata..cukup setakat ini sahaja.



Saya juga amat menghargai insan2 dan kawan2 disekililingi saya..kawan sekampung dari kecik hingga besar,kawan satu sekolah rendah & menengah, kawan sama2 di IPTA dan kawan sekerja yg pernah bekerja bersama di organisasi berbeza..mereka sume istimewa dan hebat..mane mungkin tidak kerna kelahiran mereka telah mencorakkan kehidupan dan memberikan kegembiraan kepada saya selama ini..dan sume itu terpahat sebagai kenangan..;)).ingin saya ucapkan terima kasih dan penghargaan setiap daripada mereka jika mampu saya lakukan dan yg pasti saya mahukan kelahiran saya juga memberikan makna dan manfaaat yg hebat pada mereka sumer..

penghargaan juga saya tujukan buat students yg pernah saya ajarkan ketika saya menjadi tutor di UIAM (termasuk abg2 polis yg ambik degree), sebagai pensyarah sambilan di fakulti undang2 dan fakulti ekonomi UNisZA (dahulunya KUSZA@UDM), para pensyarah dan kakitangan organisasi tersebut.tidak juga lupe buat rakan2 sekerja di LGM, Tetuan  A&W, KETENGAH yg pernah bersama dahulu dan kini UMT. yang pasti sokongan keluarga dan adik beradik adalah utama dalam segalanya..


saya menikmat erti kelahiran itu sedalam2nya setelah mendapat cahaya mata sulong saya Januari lepas..betapa hati ini sgt teruja dn gembira melihat baby dlm kandungan isteri selama 41 minggu kini dalam dakapan saya..ini zuriat saya yg ditunggu2 dan inilah erti 'kelahiran'...


Saya sentiasa percaya pada setiap kelahiran itu ade satu keistimewaan..dan ia pasti lebih bermakna jika ‘pemergiaan’ kita suatu hari nanti juga akan meninggalkan kebaikan dan amal jariah buat bekalan di ‘sana’..

terima kasih buat semua yg telah mewarnai kehidupan saya selama ini..


“Terkadang Yang Terucap itu Berbeza Antara Terlafaz, Namun Niat Tetap Pada Satu..”

Monday 11 April 2011

Saya Sampaikan Pada Kamu..


Assalamualaikum dan Salam sejahtera…

Betapa indahnya hari ini dengan cuaca yg cerah dan menarik di tempat saya. Rahmat Allah amat disyukuri moga hidup ini sentiasa di berkati.. hujan yang agak lebat melanda kelmarin hampir separuh hari agak merisaukan namun digantikan pula hari ini dengan cuaca yg baik..
Kesempatan ini saya mengambil peluang untuk menitipkan sedikit tinta buat permulaan kepada blog saya ini..perlahan-lahan ayat disusun dan direncanakan moga ia menjadi tatapan terbaik bagi yang ingin menatapnya paling kurang pada diri saya sendiri. Ini kali kedua sisipan Detip Awal saya coretkan selepas pasca pelancaran blog ini pada 8 April 2011 yang lalu..

Hari ini amat isteimewa pada saya…sgt teristimewa..salah satunya kerana blog ini yg akan saya lancarkan pada hari ini.. Saya sudah lama menyimpan hasrat dan impian untuk mencatat segala apa yg berlaku dalam diri saya sendiri selama ini bermula dari kecil hingga sekarang..mungkin juga saya menemui dan mengenali teknologi agak lambat yg tidak memungkin saya untuk membiasa kan diri dengan catatan sebegini.

Ketika berada di IPTA dahulu, ada beberapa rakan-rakan saya yg sudah mempunyai blog sendiri dan mereka memaklumkan pada saya. Sekali lagi kerana kengkangan waktu dan masa, hanya sekali sekala saya menjenguk blog mereka jika saya kebetulan ke cyber café mahallah (kolej) untuk mencari bahan assignment atau sajer2 buang masa tak tahu ape nak buat..


Sehinggalah saya menamatkan pengajian dan melangkah ke alam pekerjaan, hati saya masih belum mahu terbuka untuk mempunyai blog sendiri dan tidak berminat untuk melayari blog2 org lain. Kebanyakan catatan peribadi dan kisah apa yg berlaku kepada diri saya hanya di abadikan di dalam diari yg saya beli atau diberikan oleh organisasi. Tapi, masih memboringkan catatan itu memandangkan ruang diari amat terbatas dan yg tercatat adalah sekadar meeting2 penting yg harus saya hadiri bagi organisasi…

Mengimbau kenangan dahulu ketika zaman persekolahan menengah, saya sudah belajar untuk menguruskan diri dan masa sebagai seorang pelajar dan pengawas sekolah dengan mencatat segalanya di dalam diari walaupun seawal sekolah rendah sudah saya catatkan dalam diari, cuma catatan rutin sahaja eg:pergi sekolah, tido makan..dll;p. Cuma di sekolah menengah sekurang2nyer catatan saya itu lebih bermakna dan berilmiah walaupun terkadang tercampur2 perihal cinta di zaman remaja..hahaha. saya bertuah kerana catatan diari itu saya simpan dan rahsia elok2 supaya saya tidak digelakkan oleh adik beradik saya bila mereka terbaca diari saya itu kecuali adik saya yang bongsu yg cukup menyibuk membaca diari saya dan die lah akan menyebarkannya kepada adik beradik saya yang lain dan juga pada mak saya..huhuhu.saya sungguh malu..tapi, bile dikenang semula, catatan di dalam diari itu sekadar biasa-biasa aje..


Pointnyer di sini, saya memikirkan saya tidak memerlukan ape2 untuk dicatat bagi diri saya kerana bagi saya ia tidak terlalu menarik untuk di catat apatah lagi untuk dikongsi kepada orang lain..atau mungkin saya terlalu merendah diri..segala kenangan indah saya ketika zaman kecik hingga sekarang hanya dirakamkan dengan foto sahaja dan kebanyakkannya diabadikan sebagai kenangan hati dan minda saya..apa yg berlaku hanya saya dapat putarkannya kembali dalam fikiran saya..

Tapi kini, saya seolah2 memanggil2 untuk merealitikan impian saya untuk mempunyai blog sendiri..saya akui mungkin tidak sehebat blog2 anda yg membace catatan saya ini. Namun ia sudah cukup untuk saya meluahkan dan mengekspresskan ape yg ade dalam hati saya..kerna hidup saya makin bermakna setelah mempunyai keluarga yang bahagia..bersama isteri dan putera sulong saya yg lahir pada Januari yg lalu..blog ini berkisar mengenai kehidupan..kehidupan saya dan masyarakat sekeliling. Saya cuba terapkan unsur2 nilai kehidupan yg berlaku dan rona manusia yg pernah saya ketemui. Jgn harapkan sesuatu yg mungkin tidak mampu memenuhi kehendak anda semua..saya masih baru dlm blog ini dan pengalaman masih seciput..;p. Moga manfaat yg dapat dikongsi bersama dan ape2 yg positif moga memberi saham kepada saya di akhirat..
 
Perkara kedua yg istimewa pada hari ni adalah kerana hari ini merupakan harijadi isteri saya..sememangnyer hari ini dipilih utk saya lancarkan blog ini..actually bukan lancarkan pun sgt,sekadar letak dalam facebook dan maklum bahawa saya ada blog dan sesuatu dari saya tertulis di situ..hmm. saya masih memikirkan ape kejutan yg ingin dibuat pada wife hari ini…mungkin candle light dinner..?kang balik malam2 menangis lak baby kat rumah..hehe.apepun, saya ucapkan “Selamat Harijadi” buat isteri saya tercinta..moga sentiasa di rahmati Allah, diberikan kesihatan terbaik, di murahkan rezeki dan terima kasih kerana menyerikan kehidupan saya selama ini…;))).

 Detip Awal ini adalah langkah permulaan kepada coretan yg akan datang..mungkin ia akan disesuaikan dengan segmen2 tertentu yg akan menjadikannya lebih menarik. Tagline ‘Kerna Ianya Mengenai Kehidupan” adalah terbaik bagi saya buat masa ini..dan saya hanya memudahkan orang mencari blog saya dengan menggunakan nama penuh saya sebagai alamat blog ini..

Bagi anda yang membuka blog ini dan menatap coretan saya terima kasih..jgn menilai saya sebagai blogger seperti org lain..ape yg saya tulis adalah apa yg saya ingin luahkan..ape yg baik itu dikongsi bersama dan kebanykan yg akan saya coretkan di sini adalah bergantung kepada mood saya.kalu ok dan menarik maka jadilah menarik..kalu sebaliknya sebaik nyer dipendam sahaja supaya tidak menyentuh sensitviti dan menjaga hak dan hati org lain yg hidup atau yg telah mati..kerna diam itu lebih baik.

Saya percaya kehadiran setiap insan di dunia ini adalah penting dan bermakna kerana setiap dari kita mencorakkan ritma dan gaya kehidupan untuk masa2 akan datang. Kita saling memerlukan seperti segenggam lidi yg tidak dapat dipatahkan berbanding dengan sebatang lidi sahaja yg mudah direnyukkan sebegitu sahaja..

Dengan lafaz yg suci dan murni "Bismillah hirrohmanirrohim.." saya dengan rendah diri memaklumkan ini adalah Blog saya..;))

“Cebisan Kata, Sintipan Hati…”

Friday 8 April 2011

ianya satu permulaan..

8 April 2011..satu permulaan..hasrat di hati selama ini untuk mempunyai penulisan ceritera sendiri akhirnya di realitikan hari ini..bantuan adik farhana yg kebetulan berkunjung di trg menjadi titik permulaan kepada tercipta nya blog ini..


ini merupakan pasca kepada pelancaran rasmi blog ini yg akan dibuat sedikit masa lagi..sekadar ingin membiasekan diri dengan ruangan blog ini sendiri insyallah akan diumumkan kepada yg berminat..


kerna ianya mengenai kehidupan, ianya pasti dijelmakan...